Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ditahan polis kerana penyertaannya dalam perhimpunan mendesak supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dibatalkan pada Jumaat lepas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu ditahan polis dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

"Sudah ditahan dan ditangkap," kata Mat Sabu menerusi SMS kepada Astro AWANI.

Mohamad dikatakan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi setelah diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan kes perhimpunan Batal GST 1 Mei lalu.

Sehingga kini belum diketahui sama ada polis akan memohon reman terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.