SHAH ALAM: Langkah Pas Terengganu melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam pemilihan jawatankuasa masjid dikhuatiri akan menyebabkan perpaduan antara rakyat sukar dicapai.
Ahli Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa, campur tangan politik dalam kalangan pemilihan jawatankuasa masjid akan berlaku sekiranya JPKK terlibat sama.
"Maksudnya jelas supaya parti pemerintah dapat menguasai semua masjid kerana umum mengetahui JPKK adalah dalam kalangan ahli jawatankuasa (AJK) cawangan Pas di kampung-kampung.
“Politik kepartian bakal mewarnai masjid. Perpaduan yang diharapkan akan bertukar menjadi perpecahan dan berlaku nanti AJK yang tak hadir ke masjid,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Beliau berkata demikian selepas Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengumumkan langkah melibatkan JPKK itu.
Muhammad Khalil berkata, ia bagi memastikan kelancaran pelantikan jawatankuasa masjid di seluruh kariah berjalan dengan harmoni, telus dan berkesan.
Mohd Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berpandangan, pemilihan jawatankuasa masjid tidak seharusnya dipengaruhi sokongan politik selain meminta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperhalusi perkara tersebut.
“Pemilihan AJK masjid hendaklah dalam kalangan ahli kariah yang sentiasa memakmurkan masjid tersebut meskipun apa warna baju politiknya.
“Bebaskan masjid daripada campur tangan parti politik,” ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 06 2023

Mohd Khairuddin berpandangan, pemilihan jawatankuasa masjid tidak seharusnya dipengaruhi sokongan politik dan meminta MAIDAM memperhalusi perkara tersebut. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

'Masjid akan dikuasai parti politik jika libatkan JPKK dalam pemilihan AJK'
Khairuddin mendakwa, campur tangan politik dalam kalangan pemilihan jawatankuasa masjid akan berlaku sekiranya JPKK terlibat sama.

'Saya rasa dizalimi' - Ditamatkan kontrak CEO Finas, Md Nasir tak tolak ada campur tangan kroni
Prof Md Nasir akui terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
![[KOLUMNIS] Elak campur tangan politik dan rasuah dalam kerajaan baru [KOLUMNIS] Elak campur tangan politik dan rasuah dalam kerajaan baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663762621_SPRMMDBrasuah.jpg)
[KOLUMNIS] Elak campur tangan politik dan rasuah dalam kerajaan baru
Pembahagian institusi negara kepada doktrin pengasingan kuasa adalah antara prinsip penting dalam sistem demokrasi.

Kerajaan baharu perlu gubal Akta Perkhidmatan Awam elak campur tangan politik
Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) mencadangkan agar kerajaan baharu yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggubal Akta Perkhidmatan Awam.

Lobi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah: Jangan guna pengaruh, tekanan politik - MPN
Apatah lagi untuk mengurniakan anugerah berprestij itu kepada individu yang tidak layak atau kurang sesuai dengan tahap yang dimiliki seseorang individu itu.

Pemimpin politik giat melobi 'kejar' Ijazah Kehormat Doktor Falsafah?
Tindakan melobi itu turut dilakukan secara agresif oleh pejabat seorang menteri besar bagi membolehkan pemimpin mereka mendapat anugerah itu.

Tiada campur tangan politik dalam prosiding kebankrapan Najib - LHDN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada campur tangan politik dalam prosiding kebankrapan oleh LHDN terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Sediakah ahli politik tidak lagi campur tangan dalam institusi?
Ahli politik cukup sekadar gubal undang-undang di Parlimen dan bantu rakyat di kawasan, tidak perlu lagi dilantik sebagai menteri.

Basmi campur tangan politik dalam institusi: RCI jalan pertama - Asyraf Wajdi
Menyifatkan ia sebagai langkah awal, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan ia antara cara untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi penting negara.

Suruhanjaya Pasukan Polis: Pinda dahulu Perlembagaan - Dr Shamrahayu
Jika mahu elakkan Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi SPP campur tangan dalam urus tadbir harian PDRM, perlu pinda perlembagaan.