KUALA LUMPUR: Pemimpin atau parti politik tidak wajar menggunakan pengaruh atau memberi tekanan kepada universiti hanya semata untuk menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada individu politik.
Apatah lagi untuk mengurniakan anugerah berprestij itu kepada individu yang tidak layak atau kurang sesuai dengan tahap yang dimiliki seseorang individu itu.
Mesej tegas itu disuarakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose susulan laporan yang mengaitkan tindakan pemimpin politik yang melobi ingin mendapatkan anugerah tersebut.
"(Penganugerahan) ini boleh datang dari orang perniagaan, akademik, industri, termasuk ahli politik... kita tidak boleh diskriminasi orang politik dengan mengatakan mereka tidak layak.
"Cuma, jangan salah guna kuasa politik untuk mendapat, atau memberi tekanan, atau apa cara sekalipun yang ada unsur-unsur untuk mempengaruhi (universiti).
"Sudahlah tidak layak atau kurang sesuai, tetapi dengan menggunakan unsur-unsur atau pengaruh untuk mendapatkan anugerah itu," tegas beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa kuasa penganugerahan ijazah kehormat ini adalah kuasa institusi.
"Saya dengar dari berita-berita umum mengatakan, (tindakan melobi) ini berlaku di sebuah institusi yang terkenal.
"Ini perlu diteliti terutama sekali apabila ia melibatkan universiti awam terutama universiti-universiti bertaraf universiti penyelidikan.
"Ini kerana orang awam akan fikirkan bahawa ijazah kehormat itu adalah sesuatu yang sangat tinggi kepada institusi bertaraf itu," ujar beliau.
Beliau pada masa sama menasihati pemain politik untuk tidak terlalu mengejar gelaran atau penganugerahan daripada universiti.
"Semoleknya ia (anugerah) perlu datang sebagai pengiktirafan dari orang lain yang mengiktiraf kebolehan kita, dalam bidang kita.
"Namun, sehingga melakukan tindakan melobi ini, ia sudah macam tidak kena.
"Saya gusar, nanti ada orang yang menggelar seolah-olah sekuntum bungan ros, tapi tiada bau ros - bermakna anugerah itu tidak setaraf dengan diri si penerima," katanya.
Terdahulu, seorang pemimpin besar sebuah parti politik dilapor giat melobi dirinya supaya dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam.
Memetik laporan portal Malaysia Dateline, tindakan melobi itu didakwa dilakukan secara agresif oleh pejabat seorang menteri besar bagi membolehkan pemimpin mereka mendapat anugerah itu.
Astro Awani
Fri Oct 22 2021

Menurut Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, pemimpin atau parti politik tidak wajar menggunakan pengaruh atau memberi tekanan kepada universiti hanya semata untuk menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada individu politik. - Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Lobi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah: Jangan guna pengaruh, tekanan politik - MPN
Apatah lagi untuk mengurniakan anugerah berprestij itu kepada individu yang tidak layak atau kurang sesuai dengan tahap yang dimiliki seseorang individu itu.

'Saya bukan seorang yang bodoh ataupun kejam' - Prof Raduan
Prof Datuk Dr Raduan menjelaskan industri pekerjaan di Malaysia, susulan menerima kecaman sebagai seorang profesor yang 'kejam' dan 'bodoh'.

Pemberhentian kerja: Perlu pelarasan latihan semula - MPN
Kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam proses transisi yang berlaku dalam kalangan mereka yang diberhentikan kerja.

Gabung kelas: Ingat semua darjah satu pandai baca, kira? - MPN
Murid cemerlang dan lemah perlu diasingkan bagi mengelak tahap perkembangan pelajar terjejas, kata Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Kerajaan takut wujudkan sekolah satu aliran - MPN
Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose bekata cabaran pelbagai etnik, jurang pendapat dan pelbagai lagi bukan alasan untuk sekolah satu aliran tidak dilaksanakan.