JEMPOL: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk L Manickam meletakkan semua jawatannya dalam MIC termasuk sebagai Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Ketua MIC Bahagian Jempol dan ahli parti itu berkuat kuasa Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan Manickam dalam Facebook miliknya dan menjelaskan pucuk pimpinan MIC kebangsaan mengetahui punca beliau berbuat demikian.
Bagaimanapun, Manickam secara terbuka berkongsi dua sebab utamanya meletakkan jawatan tersebut.
Katanya, ia berkaitan keputusan MIC untuk tidak bertanding di DUN Jeram Padang dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung MIC yang meminta pihaknya mengadakan mesyuarat perwakilan sekali lagi atas sebab tiada korum.
"Saya mohon maaf atas keputusan yang terpaksa saya ambil ini. Saya memang berasa berat hati untuk meninggalkan MIC yang telah menjadi rumah kedua saya sejak 45 tahun lepas.
"Saya ingin menjelaskan bahawa sepanjang saya berkhidmat dengan memegang jawatan dalam MIC dan kerajaan, saya telah amalkan sikap amanah, bersih dan bertanggungjawab," katanya.
Dalam pada itu, Manickam turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran atas sokongannya selama ini.
"Saya juga menghargai bantuan dan pertolongan yang diberi oleh bekas Presiden MIC, mendiang Tun Samy Vellu. Tanpa beliau tidak mungkin saya menjadi ketua cawangan MIC termasuklah Datuk Seri G Palanivel dan Datuk Seri S Subramaniam serta semua pihak yang memberi sokongan kepada saya," katanya.
Manickam menyertai MIC melalui cawangan Jenjarom, Kuala Langat, pada tahun 1979.
Sejak itu beliau memberikan khidmatnya kepada masyarakat India melalui MIC.
Selain itu, beliau merupakan bekas ADUN Jeram Padang selama dua penggal dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan (Exco) dari tahun 2013 hingga 2018.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 06 2023
![Manickam letak semua jawatan dalam MIC Manickam letak semua jawatan dalam MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696593397_Manickam.jpg)
Manickam berkata pucuk pimpinan MIC kebangsaan mengetahui punca beliau berbuat demikian. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Manickam letak semua jawatan dalam MIC Manickam letak semua jawatan dalam MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696593397_Manickam.jpg)
Manickam letak semua jawatan dalam MIC
Datuk L Manickam meletakkan semua jawatannya dalam MIC termasuk sebagai Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Ketua MIC Bahagian Jempol dan ahli parti itu berkuat kuasa Jumaat.