Adakah kerajaan PAS benar-benar kukuh di Kelantan? Adakah Umno bersedia untuk merampas semula negeri itu? Atau adakah bakal wujud kerajaan baru di Kelantan dalam bentuk Pakatan Harapan dan Bersatu pada pilihan raya umum yang akan datang?
Setelah lebih dua puluh kali lawatan saya ke Kelantan sejak 1993, termasuk untuk beberapa penyelidikan lapangan bagi menyempurnakan tesis ijazah saya mengenai PAS di antara 2002 dan 2004, saya sentiasa kagum dengan kecanggihan politik orang Kelantan.
Rakyat Kelantan memilih pentadbiran PAS berturut-turut di antara 1959 dan 1978, dan sekali lagi mulai 1990 sehingga hari ini. Sentimen kewilayahan Kelantan yang berkait rapat dengan politik persekutuan adalah faktor penting bagi pengundi Kelantan sejak dahulu hingga sekarang.
Dalam semua pilihan raya umum sejak kembali berkuasa pada 1990, kehadiran Tok Guru Nik Aziz - seorang ulama yang tegas dalam sikap rendah dirinya - menajdi faktor positif yang berterusan untuk PAS.
Malangnya, ulama yang bijaksana ini tiada lagi bersama kita, sejak 2015.
Keunikan Kelantan termasuklah kekuatan rakyatnya menolak “momok Cina” ciptaan Umno yang tidak masuk akal itu. Malah, cerita “takut dengan DAP” yang sering menjadi senjata ampuh Umno di banyak kawasan majoriti Melayu, tidak pernah berkesan di negeri Cik Siti Wan Kembang kerana orang Kelantan mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan di mana PAS dilihat mempunyai hubungan rapat dengan UMNO sejak kebelakangan ini manakala Umno buntu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang semakin tidak popular, PAS kini dilihat semakin hilang kekuatan kewilayahan/ anti-persekutuan di mata ramai rakyat Kelantan.
Ramai rakyat Kelantan berhijrah dan menetap di Lembah Klang tetapi mereka masih mengundi di kampung halaman mereka. Kalangan penyelidik percaya bahawa lebih dari 20 peratus pengundi Kelantan tinggal di luar Kelantan. Biasanya mereka mengundi mengikut peralihan citarasa nasional - yang pada masa ini tidak memihak kepada Najib dan sesiapa yang bersekutu dengan Perdana Menteri.
Oleh itu, mitos bahawa PAS boleh menjadi penentu politik negara, sebagai satu kuasa ketiga, terutamanya kepada Pakatan Harapan, pada pilihan raya umum akan datang perlu dikaji semula. Entah bagaimana kalangan pemerhati politik melihat kekuatan PAS di Kelantan tanpa banyak penelitian mendalam.
Kajian yang lebih teliti sebenarnya mendedahkan senario yang sangat berbeza, mungkin juga mengejutkan kepada sesetengah orang. Dalam persaingan untuk menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, PAS berada dalam kedudukan yang kabur untuk menyerlahkan kuasa ketiganya. Malah, PAS mungkin terpaksa membentuk satu pakatan pilihan raya dengan Umno di Kelantan, sama ada secara sukarela atau demi kepentingan politik.
Dengan mengandaikan Amanah mampu memberikan cabaran serius kepada PAS di 10 daripada 33 kerusi Dewan Undangan Negeri miliknya manakala Bersatu mampu berbuat demikian di 5 daripada 12 kawasan Dewan Undangan Negeri milik UMNO, PAS dan Umno tidak boleh sewenang-wenangnya bertanding antara satu sama lain di mana-mana kerusi di Kelantan.
Dengan mengandaikan Amanah, Bersatu dan PKR tidak bertanding menentang satu sama lain tetapi membentuk satu gabungan yang mantap – melawan PAS atau Umno, atau kedua-duanya, dalam pertandingan tiga atau empat penjuru – maka pihak yang bakal rugi besar bukanlah Pakatan Harapan dan Bersatu.
Jika PAS dan Umno tidak dapat mencapai satu persetujuan untuk membentuk gabungan pilihanraya, dan mengambil keputusan untuk berlawan antara satu sama lain – sementara Pakatan dan Bersatu membentuk gabungan untuk meletakkan calon tunggal di setiap kerusi – tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat keputusan pilihanraya di Kelantan nanti, terutamanya bagi kerusi-kerusi yang marginal, iaitu yang dimenangi dengan peratusan undi yang kecil.
Jika undi PAS dan Umno kurang 10 peratus – kerana dikaitkan dengan Najib – dan mereka tetap mahu bertanding tiga penjuru, PAS mungkin kehilangan Kelantan manakala Umno boleh mengucapkan selamat tinggal kepada impian mereka untuk menawan semula negeri itu.
Pada pilihan raya umum 2013, kedua-dua PAS dan PKR mendapat 425,291 undi (55,26%) manakala Barisan Nasional 343,416 undi (44.62%). PAS memenangi 32 daripada 45 kerusi DUN manakala PKR menang DUN Guchil dengan hanya 49.9% undi.
Daripada 32 kerusi PAS, 13 dimenangi dengan kurang daripada 55% undi. Daripada 12 kerusi Umno dalam DUN Kelantan, 9 dimenangi dengan kurang daripada 55% undi.
Dalam erti kata lain, 23 daripada 45 kerusi Kelantan – lebih sedikit daripada separuh – adalah kerusi bahaya untuk kerajaan PAS jika Pakatan Harapan dan Bersatu meletakkan satu gabungan yang mantap manakala Umno dan PAS berlawan antara satu sama lain.
Jangan sekali-kali memandang rendah kebijaksanaan pengundi Kelantan. Saya telah bertemu dengan ramai orang Kelantan selama ini dan saya amat menghormati mereka. Jika berlaku perubahan citarasa di Kelantan, PAS dan Umno akan terpaksa membentuk satu gabungan. Oleh itu, mitos PAS sebagai kuasa ketiga yang kuat hanya akan menjadi sebuah angan-angan.
*Liew Chin Tong adalah Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kluang.
**Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Liew Chin Tong
Wed Feb 01 2017
![Mampukah PAS mempertahankan Kelantan? Mampukah PAS mempertahankan Kelantan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81463125314_Benderaparti.jpg)
Mitos bahawa PAS boleh menjadi penentu politik negara, sebagai satu kuasa ketiga, terutamanya kepada Pakatan Harapan, pada pilihan raya umum akan datang perlu dikaji semula. - Gambar fail
![SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF
Kerajaan masih belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST dan ia akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian.
AWANI Ringkas: Pupuk minat murid dalam bidang STEM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721276188_SampelDNAsepadan.jpg)
Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada keluarga hari ini.
Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM
Prevalen obesiti dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun juga telah meningkat daripada empat peratus pada 2015, 5.6 peratus pada 2019 dan 6.0 peratus pada 2022.
Penyalahgunaan bahan remaja Kelantan sangat menakutkan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata gejala penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja Kelantan sangat menakutkan di mana umur 13 hingga 19 tahun sehingga 65 peratus.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
9,146 syarikat dapat pensijilan halal Jakim sehingga Julai 2024
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehingga Julai 2024, sebanyak 9,146 syarikat dapat pensijilan halal Jakim dan daripada jumlah itu 8,105 merupakan PMKS.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
!['Lima hari hilang, Muffin akhirnya balik rumah' - Rafizi 'Lima hari hilang, Muffin akhirnya balik rumah' - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721274841_tbRafiziRamli.jpg)
'Lima hari hilang, Muffin akhirnya balik rumah' - Rafizi
Kucing kesayangan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah kembali semula ke rumahnya di Presint 10 di sini pada pagi Khamis selepas lima hari hilang.
![Dokumentari khas 'Di Sebalik Mahkota' sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Dokumentari khas 'Di Sebalik Mahkota' sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721274973_tbYDPASultanJohor.jpg)
Dokumentari khas 'Di Sebalik Mahkota' sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dokumentari yang menyajikan naratif lebih dekat mengenai keperibadian Sultan Ibrahim akan disiarkan di saluran Astro 502.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya berikutan sentimen dagangan yang berhati-hati susulan prestasi Wall Street semalaman.
![Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721270085_tbDutaFilipinaMal.jpg)
Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian
Mohamad Sabu berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce.
![Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693126110_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
![Kerajaan galak pemain industri beri peluang pekerja sambung pengajian - Liew Kerajaan galak pemain industri beri peluang pekerja sambung pengajian - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708322217_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Kerajaan galak pemain industri beri peluang pekerja sambung pengajian - Liew
Ia bagi meningkatkan produktiviti serta bilangan tenaga mahir dalam sektor perindustrian di negara ini.
![MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023 MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712037242_LiewChinTong.jpg)
MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023.
![Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023 Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710140067_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
![Projek KIGIP masih di peringkat awal - MITI Projek KIGIP masih di peringkat awal - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710140067_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Projek KIGIP masih di peringkat awal - MITI
Projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) masih di peringkat perancangan awal dan fokus akan diberikan kepada proses pengambilalihan tanah daripada Sime Darby Plantation Bhd.
![Tiada keperluan tukar Waktu Standard Malaysia kepada GMT+7 - MITI Tiada keperluan tukar Waktu Standard Malaysia kepada GMT+7 - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708322217_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Tiada keperluan tukar Waktu Standard Malaysia kepada GMT+7 - MITI
Kerajaan tiada perancangan untuk menganjak penetapan waktu di Semenanjung daripada GMT8 kepada GMT7.
![MITI cadang 'one-time subsidy' untuk pemilikan kenderaan EV MITI cadang 'one-time subsidy' untuk pemilikan kenderaan EV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709100465_TBEVjpg.jpg)
MITI cadang 'one-time subsidy' untuk pemilikan kenderaan EV
Chin Tong berkata cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).
![Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708322217_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global
Malaysia menyasarkan untuk memainkan peranan lebih penting dalam rantaian bekalan global.
![APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707976418_TBLiewChinTong.jpg)
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
![Perjanjian perdagangan sempadan diperkemas, rancakkan perdagangan Malaysia-Indonesia Perjanjian perdagangan sempadan diperkemas, rancakkan perdagangan Malaysia-Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702292877_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Perjanjian perdagangan sempadan diperkemas, rancakkan perdagangan Malaysia-Indonesia
Perjanjian Perdagangan Sempadan antara Malaysia dan Indonesia yang telah ditambah baik dijangka memudah cara dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.