Tindakan menubuhkan parti islamik baharu oleh kumpulan progresif atau G18 yang tewas dalam muktamar PAS baru-baru ini menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan dan kemampuannya parti itu nanti dalam survival politik Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata tindakan penubuhan parti ini boleh dilihat sebagai satu perkara yang sihat untuk mengakhiri polemik antara golongan konservatif dan golongan progresif PAS.
"Pertembungan antara golongan konservatif dan golongan progresif dalam PAS sebenarnya satu pertembungan yang sudah lama berlaku sejak dulu lagi.
“Sebelum ini apa yang dilihat oleh orang luar ialah beberapa orang daripada golongan progresif diberi jawatan atau memenangi jawatan dalam peringkat PAS Pusat tapi PAS sememangnya tidak pernah berubah sebagai sebuah parti yang konservatif.
“Melihat keadaan ini, boleh dikatakan bila-bila sahaja golongan progresif ini boleh ‘dibersihkan’,” jelas Wan Saiful dalam satu sesi temu bual bersama Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Pakatan baharu: Apakah jaminan ia tak akan terkubur juga?
BACA: Kumpulan pro-ulama menang pemilihan PAS dengan bantuan UMNO - Mat Sabu
BACA: Tiga calon kumpulan progresif dilantik AJK PAS Pusat
Tambah Wan Saiful, tindakan G18 ini bakal mempunyai sejarah tersendiri memandangkan ia mendokong ideologi demokratik islamik yang pertama di Malaysia.
"Kalau melihat parti-parti yang sedia ada di Malaysia sekarang, tidak ada yang mendokong idea tersebut. Jadi sekiranya mereka nak masuk DAP, atau masuk PKR, saya rasa ini satu perkara yang tidak sesuai kerana apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah berbeza.
“DAP jelas dengan agenda demokrasi sosialnya, PKR pula mungkin agak kurang jelas sikit dengan perjuangan mereka sendiri, jadi G18 ini tidak sesuai untuk masuk mana-mana parti tersebut.
“Ataupun mana-mana parti serpihan lain seperti parti daripada Barisan Nasional sekalipun sebab mereka mendokong agenda yang berbeza,” tambah Wan Saiful.
G-18 terdiri daripada pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini seperti bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bekas Naib Presiden Salahudin Ayub, dan bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat.
Sebelum ini dalam satu laporan The Malaysian Insider menyatakan G18 menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.
Setiausaha jawatankuasa G18 Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.
Mariah Ahmad
Wed Jun 24 2015
![Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS? Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51435045231_WanSaiful.jpg)
WAN SAIFUL: G18 terdiri daripada pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru dan mereka bukan sahaja sekadar mahu menubuhkan sebuah NGO namun ia juga bergerak sebagai parti politik yang baharu. - Foto Astro AWANI
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM 11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720329749_KKM.jpg)
11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM
BeSS merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi pelbagai kriteria tertentu.
![KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025 KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719806384_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
![KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719737885_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
![KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
![Usah pertikai, ragui kompetensi doktor 'parallel pathway' - Dr Dzulkefly Usah pertikai, ragui kompetensi doktor 'parallel pathway' - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719466331_TBDzulkeflyAhmad.jpg)
Usah pertikai, ragui kompetensi doktor 'parallel pathway' - Dr Dzulkefly
Orang ramai tidak sewajarnya mempersoal atau mempertikai kompetensi doktor perubatan yang mendapat kelayakan kepakaran melalui parallel pathway.
![KKM akan umum pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan KKM akan umum pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718025557_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM akan umum pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan
Pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan bertujuan memperkukuh dan menambah baik sistem penjagaan kesihatan di negara ini.
![Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717859683_TBDZUL.jpg)
Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly
Pengunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi Peraturan-peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan bulan ini.
![Draf pindaan Akta 50 dikemuka kepada AGC untuk semakan - Dr Dzulkefly Draf pindaan Akta 50 dikemuka kepada AGC untuk semakan - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717750495_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Draf pindaan Akta 50 dikemuka kepada AGC untuk semakan - Dr Dzulkefly
Draf Rang Undang-undang pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) telah siap dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan.
![Tiga dewan bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah beroperasi sepenuhnya sejak 5 Jun Tiga dewan bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah beroperasi sepenuhnya sejak 5 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717733717_HospitalSultanIdri.jpg)
Tiga dewan bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah beroperasi sepenuhnya sejak 5 Jun
Tiga dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah di Serdang telah beroperasi sepenuhnya sejak dua hari lepas.
![KKM semak semula amalan kerja tangani beban kerja petugas di hospital KKM semak semula amalan kerja tangani beban kerja petugas di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703321425_TBDZULKEFLYAHMAD.jpg)
KKM semak semula amalan kerja tangani beban kerja petugas di hospital
KKM juga mengambil langkah lain untuk menangani cabaran sedia ada antaranya dengan mengoptimumkan taburan pesakit dengan adanya hospital kluster.