Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin masing-masing dijangka bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam dan Parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurut sumber, nama mereka dan dua kerusi Parlimen berkenaan dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor di sini. hari ini.
Pada PRU13, kedua-dua kerusi itu dimenangi PAS yang ketika itu masih bersama-sama pakatan pembangkang.
"PKR mungkin bertanding di kedua-dua kerusi itu namun ia masih dalam perbincangan dan memerlukan persetujuan semua rakan komponen PH," katanya.
Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR kini penyandang kerusi Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa manakala Zuraida penyandang kerusi Parlimen Ampang.
Pada PRU13, kerusi Parlimen Shah Alam dimenangi calon PAS Khalid Abdul Samad (kini Parti Amanah Negara (Amanah)) selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Zulkifli Noordin dengan majoriti 10,939 undi, sementara kerusi Parlimen Hulu Langat dimenangi Che Rosli Che Mat juga daripada PAS yang mengalahkan calon BN, Adzhaliza Mohd Nor dengan majoriti 17,267 undi.
Sementara itu, Pengarah JPR Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata keputusan untuk menentukan parti daripada komponen PH yang akan bertanding di kesemua 25 kerusi DUN Selangor sandangan PAS dan BN akan ditentukan akhir bulan ini.
Beliau berkata keempat-empat parti komponen PH iaitu DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih lagi berbincang sebelum memuktamadkan pembahagian kerusi.
Pengarah Pilihan Raya PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Ansari berkata calon daripada parti berkenaan tidak akan semata-mata tertumpu untuk bertanding di kerusi yang ditandingi calon UMNO sebaliknya menerima mana-mana kerusi yang sewajarnya.
Selangor mempunyai 56 kawasan DUN, dengan DAP menguasai 14 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 13 kerusi, BN 12 kerusi dan Amanah serta Bebas, masing-masing dua kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2018
Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR kini penyandang kerusi Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
MOM cadang sistem baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.
[TERKINI] Tentera Israel berwaspada tinggi berdepan konflik
Israel dalam keadaan berwaspada tinggi untuk konflik yang lebih meluas selepas dakwaan membunuh pemimpin hezbollah, hassan nasrallah hari ini.
[TERKINI] Lebih 20 serangan udara di Lubnan, terbesar sejak 2006
Serangan Israel yang bermula Jumaat lalu menyaksikan serangan udara berterusan selama lima jam sejak awal pagi tadi dan masih berterusan sehingga sekarang.
[TERKINI] Lubnan tak boleh jadi Gaza seterusnya - Penny Wong
Penny Wong juga mengulangi gesaan Australia agar gencatan senjata dilakukan di Lubnan dan pihak terbabit melaksanakan sepenuhnya Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701.
[TERKINI] Israel dakwa bunuh Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah
Bagaimanapun, setakat ini Hezbollah yang disokong oleh Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status Hassan.
PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR
Sebanyak 47.16 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[LAPOR LANGSUNG] Israel dakwa bunuh ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah
Dakwaan terbaharu itu dibuat jurucakap tentera rejim zionis, Avichay Adraee yang dimuat naik di laman X sehari selepas serangan Israel.
Buletin AWANI Khas: Suara Malaysia di pentas UNGA
Temu bual khas wartawan Syaff Shukri bersama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)
AWANI Ringkas: Delegasi Malaysia boikot ucapan Netanyahu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Evo Morales tidak layak bertanding Pilihan Raya Presiden 2025
Sekatan itu berpunca daripada Perlembagaan negara bukannya keputusan yang dibuat oleh pentadbiran semasa.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.