KUCHING:Semua ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus memaksimumkan penggunaan sosial media dalam usaha menangkis segala dakwaan dan hasutan pembangkang.
Presidennya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan, setiap pemimpin perlu menganalisis dan menjawab dengan bijak serta pantas segala persoalan yang dibangkitkan oleh pembangkang di platform digital.
“Kita teruskan, jangan takut dalam perjuangan, kita ambil risiko dengan niat yang baik, dan kita mesti ambil tahu penggunaan sosial media dan berjuang melalui sosial media," katanya.
Beliau berpesan kepada semua ahli parti PBB dan ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam ucapannya semasa Konvensyen PBB Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.
Terdahulu, Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof, turut menggalakkan ahli parti untuk aktif di laman sosial.
Jelasnya, ruangan tersebut membentuk satu perimeter baharu yang perlu diawasi untuk melumpuhkan persepsi yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat khasnya di Sarawak yang berbilang kaum dan agama.
“Media sosial adalah wadah untuk menyebarkan maklumat dan propaganda sehingga mampu mempengaruhi pemikiran orang ramai.
“Lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya yang akan datang dan sewaktu pandemik COVID-19, tiada sebarang kempen beramai-ramai akan diadakan, semuanya tertumpu kepada sosial media," ulasnya lanjut.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Oct 25 2020
Semua ahli Parti PBB harus memaksimumkan penggunaan sosial media dalam usaha menangkis segala dakwaan dan hasutan pembangkang.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Maksimumkan media sosial, tepis fitnah dan dakwaan pembangkang - Abang Jo
Semua ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus memaksimumkan penggunaan sosial media dalam usaha menangkis segala dakwaan dan hasutan pembangkang.