KOTA BHARU: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa majoriti pengundi di Kelantan tidak berpuas hati dengan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir Pas melalui hasil dapatan kajian pada Mei lepas.
Beliau berkata berdasarkan kajian PKR menggunakan syarikat tinjauan pendapat bebas, sejumlah 43 peratus sahaja yang puas hati dengan Kerajaan Negeri Kelantan.
"Setiap bulan kami mengukur penarafan tahap puas hati Perdana Menteri, Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tiap-tiap bulan sejak Jun 2016, jadi kami ada angka yang sangat panjang dan untuk tahun 2023, daripada Januari lagi memang ada penurunan dan peralihan dalam kalangan pengundi Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah MADANI Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh di Kampung Parit Limbat di sini semalam.
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata beliau yakin hasil kajian itu merupakan gambaran sebenar dilema yang sedang dihadapi pengundi di Kelantan.
"Mereka faham selepas 33 tahun Kelantan terkebelakang dalam banyak perkara dari segi pembangunan, membasmi kemiskinan dan infrastruktur asas," katanya.
Beliau berkata kini terpulang kepada PKR, UMNO dan Amanah untuk meyakinkan pengundi atas pagar bahawa mereka boleh meletakkan harapan kepada Kerajaan Perpaduan.
"Kami ada lebih kurang empat minggu dari sekarang jadi insya-Allah, tumpuan saya ialah untuk bekerjasama dengan pimpinan lapisan kedua dalam Kerajaan Perpaduan dan pimpinan di peringkat negeri untuk pastikan momentun kempen dan persediaan itu berlaku di segenap peringkat sementara pimpinan paling kanan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri menumpukan untuk membina gelombang rakyat melalui program besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
![Majoriti pengundi Kelantan tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri - Rafizi Majoriti pengundi Kelantan tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689246878_TBRAFIZI.jpg)
Rafizi mendakwa majoriti pengundi di Kelantan tidak berpuas hati dengan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir Pas melalui hasil dapatan kajian pada Mei lepas. - Gambar fail BERNAMA
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Ogos 2024.
![PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
![Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715909_TBEONBHD.jpg)
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
![AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715345_ShamsulAnuarNasara.jpg)
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
![MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Majoriti pengundi Kelantan tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri - Rafizi Majoriti pengundi Kelantan tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689246878_TBRAFIZI.jpg)
Majoriti pengundi Kelantan tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri - Rafizi
Rafizi berkata berdasarkan kajian PKR, sejumlah 43 peratus sahaja yang puas hati dengan Kerajaan Negeri Kelantan.