Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh berjaya dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang beliau bertanding atau mengundi dalam pilihan raya selama lima tahun.
Datuk Seri Kamaludin Md Said, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman Sivarraajh yang memohon satu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan SPR.
"Kami sebulat suara memutuskan bahawa terdapat merit dalam rayuan ini," kata Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk Nor Bee Ariffin dan S. Nantha Balan.
Mahkamah membenarkan rayuan Sivarraajh dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman beliau.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Sivarraajh memaklumkan wartawan bahawa susulan keputusan mahkamah itu, anak guamnya kini bebas mengundi dan bertanding dalam pilihan raya.
Sivarraajh, yang merupakan Naib Presiden MIC, memfailkan semakan kehakiman pada 31 Dis 2018 bagi memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan SPR, yang dimaklumkan kepadanya melalui surat bertarikh 28 Dis 2018, yang tidak membenarkan beliau bertanding atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya selama lima tahun mulai 13 Dis 2018.
Beliau telah menamakan SPR sebagai satu-satunya responden dalam semakan kehakiman itu.
Susulan keputusan SPR itu, Sivarraajh tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pada 26 Jan tahun lepas.
Mahkamah Pilihan Raya pada November 2018 telah membatalkan kemenangan Sivarraajh di kawasan parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 selepas memutuskan bahawa terdapat pembelian undi sepanjang tempoh berkempen.
Pada 7 Jan 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Sivarraajh untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SPR.
Pada 10 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak semakan kehakiman Sivarraajh selepas memutuskan bahawa keputusan SPR melalui suratnya adalah mengikut lunas undang-undang dan mendapati tiada sebarang perkara yang tidak sah atau tidak wajar berhubung keputusan itu.
Sivarraajh, yang turut diwakili L.S. Leonard dan Wong Ming Yen, memberitahu media bahawa keadilan sudah ditegakkan dan beliau amat berterima kasih kepada para peguamnya yang telah bekerja keras.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili SPR, berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada Peguam Negara sama ada mahu membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 28 2020

Pada 7 Jan 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Sivarraajh untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SPR. - Gambar fail

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

PRU15: Walaupun mencabar, saya datang ke Padang Serai untuk menang - Sivarraajh
Beliau menyahut cabaran bertanding di kawasan itu dan bertekad memenanginya atas tiket BN kerana yakin ia tidak mustahil dilakukan.

Isu Thaipusam: Kenapa MIC 'takut' dengan Pas? - Muhamad Arafat
Datuk C Sivarraajh disifatkan sengaja mengelak untuk memberi jawapan tepat mengenai pendirian parti berhubung isu pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam di Pulau Pinang dan Kedah.

Mahkamah Rayuan batal keputusan SPR larang bekas MP Cameron Highlands bertanding, mengundi
Mahkamah membenarkan rayuan Sivarraajh dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman beliau.

Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial
Umum mengetahui kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah komersial dan jenayah berat di Malaysia.

PRK Cameron Highlands: PDRM tingkat jumlah anggota, tangani kesesakan trafik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan jumlah pegawai dan anggota sepanjang sebelum dan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Sivarraajh hilang kelayakan bertanding PRK Cameron Highlands - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan Naib Presiden MIC Datuk C. Sivarraajh tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang bakal diadakan pada 26 Jan tahun depan.

BN akan cadang nama Pengerusi PAC baharu - Ahmad Zahid
Manifesto Pakatan Harapan (PH) menyatakan jawatan pengerusi PAC dikhaskan kepada anggota Parlimen daripada pembangkang.

Saya tak akan rayu, saya terima saja - Sivarraajh
Justeru, pendirian Naib Presiden MIC itu bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan bagi kerusi yang disandang Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

PKR, DAP kekal bertanding di Rantau, Cameron Highlands - Tun M
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan yang beliau pengerusikan hari ini.

Status kerusi Parlimen tergantung, Sivarraajh diarah tinggalkan Dewan
Mohamad Ariff berkata, beliau tidak mahu perkara itu menjadi duluan atau precedence yang boleh menjadi rujukan di masa akan datang sekiranya ianya terjadi lagi.