Lima pemimpin Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), termasuk seorang Exco Srikandi Malaysia daripada tiga bahagian di negeri ini, hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti yang tidak menghiraukan pandangan serta teguran daripada peringkat akar umbi.
Mereka turut mengumumkan untuk melepaskan semua jawatan yang disandang mereka.
Mereka terdiri daripada Exco Srikandi Malaysia merangkap Ketua Srikandi PPBM Kuala Kedah Zuraini Kamal serta dua Anggota Jawatankuasa (AJK) PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat yang juga Ketua Srikandi PPBM Pendang, dan Rukiza Abu Bakar yang merupakan Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena.
Dua lagi adalah AJK Srikandi PPBM Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad.
Pada sidang media pengumuman keluar parti itu, Zuraini yang mewakili kesemua pemimpin terbabit mendakwa mereka merasakan terlalu banyak isu dan polemik dalam parti itu yang tidak diuruskan dengan baik dan ditangani secara serius oleh pucuk pimpinan parti berkenaan.
"Ini bukanlah keputusan yang mudah. Sudah pasti kami akan dilabelkan sebagai pengkhianat, pemakan dedak, orang yang kecewa dan sebagainya. Tetapi prinsip kami mudah, berkata benar walaupun pahit. Berani dan bermaruah.
"Benar, PPBM baru setahun jagung tetapi kepimpinan tertinggi adalah dalam kalangan yang sangat berpengalaman dan berilmu, dan usia PPBM sebagai parti di peringkat penajaan tidak boleh dijadikan alasan," katanya.
Selain itu, beliau mendakwa budaya fitnah tanpa sebarang siasatan dan bela diri oleh individu terbabit dalam PPBM adalah sangat merbahaya dan terdapat ramai individu yang diketepikan atau ditukar jawatan hanya kerana kononnya ada salah laku, namun tidak berpeluang membela diri.
Zuraini turut mendakwa wujud budaya tidak boleh menegur dan memberi pandangan apabila terdapat individu dipecat oleh kepimpinan bahagian dengan alasan rombakan bukannya bermaksud dipecat setelah memberi teguran melalui saluran betul.
"Rombakan jawatan menyebabkan dua individu dilantik itu atau mempunyai kedudukan dan kuasa yang sama. Ia sesuatu tidak sepatutnya berlaku dan memecah-belahkan keharmonian di peringkat bahagian. Belum pernah ada bahagian wujud lantikan dua ketua Srikandi dan kedua-duanya masuk mesyuarat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2017
Zuraini mendakwa wujud budaya tidak boleh menegur dan memberi pandangan dalam PPBM apabila terdapat individu dipecat setelah memberi teguran melalui saluran betul.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
PRCA Malaysia julung kali lantik pengamal perhubungan awam dari industri berbeza
Langkah memperluaskan keahlian Exco ini mencerminkan komitmen PRCA Malaysia terhadap keterangkuman dan kecermerlangan.
ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor
Muhammad Izuan berkata hal ini kerana golongan berkenaan dilihat lebih terkesan menerima maklumat daripada pempengaruh.
Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Keputusan dibuat selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.
Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.
Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi
Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.
Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.
Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco
Halangan fizikal dan provokasi pihak tertentu antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram.
10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak
10 ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.
Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan
Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.