MELAKA: Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.
Keadaan retakan itu disebabkan bebanan berpunca daripada kawasan padang di Dataran Pahlawan yang dijadikan tempat meletak kenderaan dan memunggah barangan.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan berkata dapatan forensik JKR mendapati kawasan padang di Dataran Pahlawan bukan direka sebagai tempat meletak kenderaan mahupun memunggah barang.
"Berlaku resapan air ke dalam bangunan terutama yang menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan di bahagian bawah, menyebabkan air jatuh ke siling kapur.
"Ditambah pula dengan tindakan peniaga menyangkut barangan kraftangan di siling menyebabkan ia runtuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di sini hari ini.
Zaidi berkata antara langkah segera yang diambil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) adalah menghalang padang berkenaan daripada dijadikan tempat meletak kenderaan dan memunggah barang.
Beliau berkata selain itu, pihak berwajib juga diarah untuk mengenal pasti keseluruhan tempat yang berpotensi runtuh semula.
Katanya, ketika ini kira-kira 20 daripada 136 lot perniagaan terjejas dengan kejadian tersebut dan kerajaan negeri belum membuat keputusan untuk memindahkan peniaga ke tempat lain berikutan tidak semua terkesan dengan insiden berkenaan.
Terdahulu, tular satu video rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 23 saat di media sosial mengenai kejadian runtuhan siling kapur pada Isnin lepas yang memperlihatkan seorang lelaki nyaris terkena runtuhan siling berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Keadaan retakan itu disebabkan bebanan berpunca daripada kawasan padang di Dataran Pahlawan yang dijadikan tempat meletak kenderaan dan memunggah barangan. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Istiadat mengarak panji pamer dedikasi, kesetiaan ATM
Istiadat bersejarah itu turut disaksikan oleh duta luar negara untuk memperlihatkan ATM sebagai pasukan yang boleh dipercayai, taat dan sedia berjuang untuk raja dan tanah air.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke istiadat mengarak panji-panji
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara.

RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.

15 artis turun padang, Heritage Art & Culture Festival gegar Melaka mulai hari ini
Antara program yang dijangka menarik kunjungan ramai adalah Melaka Fun Run Fiesta dan jualan rakan-rakan artis yang terlibat.

Hari Pahlawan: Sambutan meriah, persembahan pantomim menyentuh jiwa
Acara dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh anggota ATM.

Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.

Peniaga kraftangan di Dataran Pahlawan rayu penempatan baharu
Perniagaan semakin sukar bertahan apabila lambakan kedai kraftangan baharu dibina di bahagian luar bangunan sekali gus mengehadkan kehadiran pengunjung yang kini hanya boleh dikira dengan jari.

Rakyat teruja raikan sambutan Hari Malaysia
Lokasi sambutan yang julung kali diadakan di Semenanjung itu dibanjiri pengunjung seawal 4 petang.

Malaysia Prihatin: Hari Kebangsaan 2021 disambut dalam skala kecil, terkawal
Durasi masa acara pada tahun ini berlangsung di lokasi dengan masa yang singkat iaitu hanya 50 minit.

COVID-19 serlah semangat perpaduan dan keprihatinan rakyat Malaysia - Saifuddin
Meskipun pandemik COVID-19 memberi kesan besar kepada negara terutamanya dari segi ekonomi, masih ada sudut positifnya iaitu mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.