KOTA KINABALU: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah yang tidak menyokong keputusan parti yang menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau menyedari ada lima ADUN BN Sabah tidak menyokong tindakan parti.
"Kita sedar bahawa ada lima orang daripada ADUN BN, UMNO tidak menyokong tindakan kita tetapi bagi saya tiada masalah.
"Bagi saya keputusan parti adalah muktamad dan kita mengambil apa juga langkah dan tindakan tegas termasuk tindakan disiplin kepada mana-mana ADUN UMNO yang khianat tidak menyokong keputusan parti," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO Sabah di sini, semalam.
Beliau dalam pada itu menyatakan bahawa BN Sabah mempunyai 18 ADUN termasuk ADUN Segama iaitu Datuk Mohamaddin Ketapi.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai siapa lima ADUN berkenaan, beliau tidak mahu menyatakan secara jelas namun sekali lagi menegaskan bahawa keputusan itu dilakukan oleh parti.
BACA: GRS-BN di Sabah 'terkubur', hilang percaya terhadap Hajiji
BACA: Politik Sabah: Hajiji sudah tiada lagi majoriti - KDM
BACA: Politik Sabah: Hajiji sahkan akan berlaku rombakan Kabinet negeri
Ditanya mengenai kemungkinan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau peralihan kerajaan, Bung Moktar berkata, ia terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Diminta mengulas jika beliau ada melakukan pertemuan dengan Presiden Parti Warisan (Warisan), Bung Moktar berkata, ada banyak pertemuan sebelum ini.
Sementara itu ditanya mengenai kehadiran ADUN BN yang mengadakan pertemuan dengan Hajiji pada Khamis, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan menjelaskan bahawa ia adalah atas persetujuan Bung Moktar.
"Sebenarnya saya semalam berada di rumah Hajiji adalah atas persetujuan dan restu daripada Pengerusi kita untuk saya membawa misi mandat daripada Pengerusi untuk saya sampaikan kepada beliau," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 06 2023

Bung Moktar bercakap pada sidang media di Kota Kinabalu, 6 Jan 2023. Turut hadir, Yakub (duduk, kiri) dan bekas Pengerusi Kumpulan Qhazanah Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (duduk kanan). --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.

Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.

Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.