GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Lim Guan Eng berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, untuk penggal keempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada malam ini, Lim menang dengan majoriti 7,923 undi apabila mendapat 8,996 undi.


Beliau mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN) Kong Cheng Ann yang mendapat 1,073 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia Teh Yee Cheu yang memperoleh 437 undi, pada pertandingan tiga penjuru itu.

Lim yang merupakan Ahli Parlimen Bagan menyandang kerusi DUN Air Putih dari tahun 2008 hingga sekarang.

-- BERNAMA