JOHOR BAHRU: Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling yang juga Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baharu.
PH Johor dalam satu kenyataan menyebut surat pemakluman berhubung perkara itu dihantar ke Pejabat Jurutulis Negeri hari ini.
"Beliau akan menggembleng komitmen wakil rakyat blok pembangkang untuk memainkan peranan secara konstruktif dalam dewan demi kebaikan negeri Johor," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Parti Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching.
Dalam pada itu, PH Johor berharap reformasi DUN Johor dapat diteruskan antaranya mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang dan mewujudkan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan.
Selain itu, melantik wakil rakyat pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negeri serta pemberian peruntukan sama rata kepada semua ADUN termasuk pembangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022
Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baharu. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Kerajaan perkenal dua dana baharu bantu PKS, MTC
Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Malaysia kutip RM500 juta duti antilambakan bagi tempoh 2016 hingga 2024
Malaysia mencatat kutipan duti antilambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil.
Syarikat China harus pertimbang Malaysia sebagai hab serantau, tubuh ibu pejabat
Syarikat China harus mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi yang ideal untuk menubuhkan ibu pejabat serantau, yang seterusnya berkembang di peringkat antarabangsa melalui Malaysia.
Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
PRK DUN Mahkota: DAP Johor bantu pastikan kemenangan calon BN
DAP Johor akan membantu calon Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Malaysia perlu peroleh, bangunkan teknologi secara strategik untuk jadi negara maju
Malaysia perlu bertindak secara strategik untuk memperoleh dan membangunkan teknologi sendiri ke arah menjadi negara maju, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
MITI kaji semula Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengkaji untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.
Pengeluar kereta boleh bawa masuk lebih banyak model EV untuk pemasangan tempatan
Pengeluar kereta tempatan boleh membawa masuk lebih banyak model kenderaan elektrik (EV) untuk pemasangan tempatan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.