ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan terdapat arahan bertulis yang melarang beliau menghadiri acara rasmi kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pegawai pejabat Menteri Besar Kedah yang melihat sendiri surat berkenaan yang dikeluarkan oleh kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad Sanusi berkata, perkara itu bukan sengaja diada-adakan untuk menimbulkan kontroversi, sebaliknya ia benar-benar berlaku.
“Dalam mesyuarat membabitkan sebuah kementerian di Langkawi baru-baru ini, pegawai saya sendiri tengok kertas arahan berkenaan.
“Apabila ditanya kenapa, dimaklumkan tidak dibenarkan bekerjasama dalam program-program kerajaan negeri.
"Buat apa saya nak bohong, perkara ini memang berlaku,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Tambahnya lagi, semua program yang diputuskan dalam mesyuarat terdahulu sekiranya melibatkan kehadiran beliau diarahkan diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK).
“Saya difahamkan, semua agensi menerima arahan yang sama. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang merupakan agensi kerajaan bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menerima arahan sama selepas mesyuarat kabinet diadakan,” ujarnya.
Muhammad Sanusi memberitahu, majlis berbuka puasa Alumni Sekolah Sains Kedah (ASSAK) di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa yang mana beliau merupakan bekas pelajar, turut menerima arahan menghalang kehadiran beliau dalam program berkenaan.
Pada Rabu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu menerusi Facebook miliknya mendakwa dilarang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan, termasuk hadir Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, kelulusan dewan di MAEPS, Serdang, Selangor bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk diadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak Kedah di perantauan yang ditempah pada 9 April juga ditarik balik.
“Kami anjurkan majlis berbuka puasa sahaja, dewan itu pun kerajaan negeri Kedah akan bayar sewa, awat (kenapa) jadi sampai begitu?
“Kedah pun menyumbang kepada negara, hasilkan 43 peratus beras dalam negara. Tak mengapalah, tak payah nak gaduh-gaduh atau kelam kabut, terima sajalah. If you panaih (panas) please don't koyak,” ujarnya sinis.
Muhammad Sanusi berkata, susulan pembatalan sewaan dewan berkenaan, program tersebut akan diteruskan seperti dirancang dan lokasi baharu di ibu negara akan dimaklumkan dalam masa terdekat. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 30 2023

MUHAMMAD SANUSI: Dalam mesyuarat membabitkan sebuah kementerian di Langkawi baru-baru ini, pegawai saya sendiri tengok kertas arahan berkenaan. -Gambar fail/Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.

MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.