Ahli Parlimen DAP mencadangkan penganjuran kursus Bahasa Melayu untuk ahli Parlimen bagi mereka yang tidak mendapat kredit ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata kursus itu tidak semestinya dijalankan secara berterusan.
"Penganjuran kursus Bahasa Melayu untuk ahli Parlimen tahun depan mungkin patut hanya bagi mereka yang tak dapat kredit dalam subjek BM di SPM.
"(Secara berterusan atau 'on off') Mungkin 'on off' hanya untuk ahli-ahli Parlimen yang tak dapat kredit," katanya kepada Sinar Harian.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) menganjurkan kursus Bahasa Melayu mulai Januari tahun depan untuk ahli Parlimen yang ingin meningkatkan penguasaan dalam bahasa kebangsaan itu.
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar penguasaan Bahasa Melayu dipertingkatkan.
Dalam pada itu, Lip Eng turut mencadangkan agar penganjuran kursus Bahasa Inggeris dijalankan.
"Saya juga saran penganjuran kursus Bahasa Inggeris untuk ahli Parlimen yang tak dapat kredit dalam subjek Bahasa Inggeris di SPM dijalankan," katanya.
Sinar Harian
Mon Oct 01 2018

Lip Eng berkata kursus itu tidak semestinya dijalankan secara berterusan. -Facebook/@limlipengOfficialPage
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Rasuah politik: SPRM bertemu tiga Ahli Parlimen DAP
SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada Ahli-ahli Parlimen berkenaan.

Kes fitnah: Polis mungkin akan panggil Najib
Polis mungkin akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di laman Facebook milik bekas perdana menteri itu.

Kursus bahasa untuk ahli Parlimen tak dapat kredit BM - Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata kursus itu tidak semestinya dijalankan secara berterusan.