Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amiruddin Shari bakal berdepan tindakan disiplin gara-gara mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Shamsul Iskandar dan Amiruddin, yang dikaitkan dengan kem Azmin, kini sedang disiasat Lembaga Disiplin PKR kerana mendesak Abdul Khalid melepaskan jawatan yang disandangnya.
Selain itu, bekas Setiausaha Politik Abdul Khalid, Faekah Husin turut berhadapan tindakan sama kerana mempertahankan bekas bosnya daripada terus diserang penyokong Timbalan Presiden PKR.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan isu Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor kerana gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.
Kenyataan Shamsul itu kemudiaanya turut disokong oleh Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves yang menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak Abdul Khalid.
Astro Awani
Wed Jul 02 2014

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

MB Selangor nafi kerajaan negeri akan ambil alih tanah kuil
Kerajaan negeri masih menilai semua langkah penyelesaian dalam memastikan masyarakat India dan operasi kuil dapat berjalan seperti biasa.

Kerajaan Selangor digesa segera hentikan polemik dengan FAS
Kerajaan Selangor perlu mengambil kira perasaan rakyat negeri itu kerana bola sepak merupakan sukan yang paling diminati oleh rakyatnya.

Piala Malaysia: Red Giants sedia serang Pahang di Shah Alam
Pengendali Selangor, Mehmet Durakovic akui pasukannya akan tampil dengan corak permainan lebih menyerang berdepan Pahang, untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia Ahad ini.

Kritik Khalid: Shamsul Iskandar dan Amiruddin Shari berdepan tindakan disiplin
Bekas Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin turut berhadapan tindakan sama.