Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim kurang bijak kerana mempertikai keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.
Menurutnya Raja pemerintah sesebuah negeri atau Yang DiPertua Negeri mempunyai hak yang harus di hormati dan ini termasuk mereka untuk kuasa melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri.
"Dalam hubungan ini Shahidan bertindak di luar norma. Pada pandangan saya institusi diRaja hendaklah dihormati. Shahidan patut menyelesaikan isu memilih Menteri Besar dengan bijaksana," kata Shafie kepada media di sini, malam tadi.
Beliau diminta mengulas tindakan UMNO Perlis memecat Azlan sebagai anggota parti itu selepas anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Arau pagi semalam.
Semua sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada istiadat angkat sumpah itu sehingga Tuanku Syed Sirajuddin murka.
Shafie ditemui selepas berbuka puasa bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu di institut tersebut di sini.
Tuanku Syed Faizuddin mengetuai delegasi kerajaan Perlis dalam Ops Pasir 2018 di kawasan Timur Sabah (ESSZONE) bermula semalam hingga Ahad ini.
Shafie berkata kemelut yang melanda Perlis itu walaupun berbeza degnan yang berlaku di Sabah namun beliau masih tetap menghormati Yang diPertua Negeri dan tidak mengambil tindakan terburu-buru selepas Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
Shahidan dipercayai mengarahkan ADUN-ADUN BN supaya memboikot istiadat angkat sumpah itu kerana tidak bersetuju dengan pemilihan Azlan setelah calon yang dicadangkannya termasuk adik beliau, Datuk Ismail Kassim tidak diperkenan oleh Tuanku Syed Sirajuddin. -- Bernama
Bernama
Fri May 25 2018

SHAFIE: Dalam hubungan ini Shahidan bertindak di luar norma. Pada pandangan saya institusi diRaja hendaklah dihormati. -Gambar fail/Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Jeneral Luong Cuong dipilih Presiden Vietnam yang baharu
Naib Pengerusi Parlimen Nguyen Thi Thanh membentangkan draf resolusi bagi pihak Jawatankuasa Tetap Parlimen.

Narendra Modi mulakan penggal ketiga sebagai Perdana Menteri India
Narendra Modi memulakan penggal ketiganya sebagai Perdana Menteri India pada Ahad selepas mengangkat sumpah jawatan.

Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal hari ini.

40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.

Mengurus naratif Melayu cabaran buat MB, Kerajaan Negeri Selangor akan datang - Ilham Centre
Menteri Besar Selangor yang akan menyempurnakan angkat sumpah pada Isnin mempunyai tugas besar untuk meneruskan kecemerlangan pentadbiran penggal sebelum ini.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

Hakim Mohamad Zabidin, Mohd Nazlan angkat sumpah jawatan
Mohamad Zabidin Mohd Diah mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sementara Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Luis Arce angkat sumpah sebagai Presiden Bolivia
Acara angkat sumpah itu turut dihadiri Raja Sepanyol VI, Presiden Argentina, Alberto Fernndez, dan Presiden Colombia, Ivan Duque.

Kenali Hajiji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah baharu
Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri jam 10.35 pagi ini.

Krisis MB Perlis: Tindakan Shahidan tidak bijak - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Datuk Seri Shahidan Kassim kurang bijak kerana mempertikai keputusan Raja Perlis dalam pelantikan menteri besar negeri itu.