KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal hari ini.
Mereka ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Bobbey Ah Fang Suan, Ketua Penerangan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah Anna Bell @ Suzieana Perian dan bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak Pele Peter Tinggom.
Pelantikan Anna Bell dan Pele merupakan lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini hingga 4 Mac 2027, manakala Bobbey adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula hari ini hingga 4 Jan 2027.
Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai Senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.
Mutang ketika berucap mengalu-alukan pelantikan ketiga-tiga Ahli Dewan Negara itu mengingatkan agar institusi senat Dewan Negara dimartabatkan sebagai badan legislatif tertinggi negara dan melontarkan idea, pandangan serta cadangan yang benar-benar bebas daripada pengaruh peribadi dan politik dalam memutuskan sesuatu rang undang-undang atau usul.
Beliau juga menekankan kepentingan agar setiap Ahli Dewan sentiasa membuat persediaan kajian awal yang komprehensif dalam mempertimbang dan berbahas serta menjalin hubungan erat dengan media dan berkongsi input perbahasan di dalam Dewan Negara untuk hebahan luas menerusi media cetak dan elektronik.
"Gunakan juga platform media sosial peribadi masing-masing secara aktif agar dapat mencapai liputan yang luas dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat yang aktif dalam dunia siber," katanya.
Dalam pada itu, Anna Bell berharap dapat menggunakan pengalamannya di dalam arena politik dan pentadbiran jabatan kerajaan untuk menyuarakan pelbagai isu termasuk di Sabah bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
Pele pula berharap dapat menyuburkan semangat demokrasi melalui hujah-hujah yang jitu terhadap polisi dan dasar yang dibawakan dalam persidangan kerana beranggapan ia adalah satu proses semak imbang yang harus diikuti demi kepentingan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal (dua, kiri) bergambar bersama tiga Ahli Dewan Negara yang baharu mengangkat sumpah jawatan di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Majlis peguam gesa Terengganu, kerajaan pusat pertimbang semula amalan
Majlis Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan semula amalan sebat di khalayak ramai dengan menyemak dan meminda undang-undang yang membenarkan hukuman itu bagi memastikan ia berkadar, rehabilitatif dan menghormati maruah manusia.
Ibu terkilan hajat bertemu tidak kesampaian
Ibu kepada salah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang maut dalam nahas jalan raya di Melaka awal pagi Khamis, terkilan tidak dapat bertemu anak sulungnya pada cuti persekolahan akan datang.
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Tumpuan Jumaat – 27 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jeneral Luong Cuong dipilih Presiden Vietnam yang baharu
Naib Pengerusi Parlimen Nguyen Thi Thanh membentangkan draf resolusi bagi pihak Jawatankuasa Tetap Parlimen.
Narendra Modi mulakan penggal ketiga sebagai Perdana Menteri India
Narendra Modi memulakan penggal ketiganya sebagai Perdana Menteri India pada Ahad selepas mengangkat sumpah jawatan.
Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal hari ini.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
Mengurus naratif Melayu cabaran buat MB, Kerajaan Negeri Selangor akan datang - Ilham Centre
Menteri Besar Selangor yang akan menyempurnakan angkat sumpah pada Isnin mempunyai tugas besar untuk meneruskan kecemerlangan pentadbiran penggal sebelum ini.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Hakim Mohamad Zabidin, Mohd Nazlan angkat sumpah jawatan
Mohamad Zabidin Mohd Diah mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sementara Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
Luis Arce angkat sumpah sebagai Presiden Bolivia
Acara angkat sumpah itu turut dihadiri Raja Sepanyol VI, Presiden Argentina, Alberto Fernndez, dan Presiden Colombia, Ivan Duque.
Kenali Hajiji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah baharu
Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri jam 10.35 pagi ini.
Krisis MB Perlis: Tindakan Shahidan tidak bijak - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Datuk Seri Shahidan Kassim kurang bijak kerana mempertikai keputusan Raja Perlis dalam pelantikan menteri besar negeri itu.