Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyeru agar krisis dalaman UMNO Kedah diselesaikan secara rasional dan penuh semangat kekeluargaan.
Menurut Hishammuddin, langkah itu penting agar rakyat tidak keliru sekali gus menjamin kelangsungan Barisan Nasional di negeri itu.
"Kalau ia ditangani dengan baik, saya percaya bahawa kesannya tidak membawa kepada satu keadaan yang teruk," kata Hishammuddin semasa ditemui media selepas pelancaran Projek Jiwa Murni di Felda Kahang Timur, di sini hari ini.
Beliau juga yakin Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyelesaikan isu ini secara bijaksana dengan mengambil pertimbangan akar umbi di Kedah.
"Krisis kepimpinan di kedah bukan satu perkara yang baru.
"Di peringkat negeri-negeri lain, kita sudah melalui macam-macam," ujar Hishammuddin.
BACA: Terserah kepada PM untuk selesaikan kemelut politik Kedah - Ahmad Bashah
BACA: Mukhriz bertindak terhadap pihak cuba aniaya rakyat
BACA: Saya tetap setia kepada UMNO - Mukhriz
Pada Jumaat, beberapa pemimpin UMNO Kedah mengadakan pertemuan dengan Najib dipercayai membincangkan kemelut ketika ini.
Pertemuan tersebut dibuat susulan sidang media Rabu lalu oleh kepimpinan UMNO negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Sidang media yang dihadiri 14 Ketua Bahagian UMNO negeri itu mengumumkan pendirian hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz pula menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menilai prestasinya sejak Barisan Nasional berjaya merampas semula Kedah daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Astro Awani
Sat Jan 23 2016
HISHAMMUDDIN: Langkah itu penting agar rakyat tidak keliru sekali gus menjamin kelangsungan Barisan Nasional di negeri itu.
Kematian kucing di UM: Dr Wan Azizah gesa siasatan menyeluruh
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa tindakan serta-merta dan siasatan menyeluruh dalam kes kematian kucing di UM.
Fokus Minggu Depan: premium insurans | Adakah langkah interim diumumkan BNM MEMADAI?
Semua syarikat insurans dan Takaful yang menawarkan Produk Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) diminta melaksanakan pelarasan premium secara pengagihan (spread out) sekurang-kurangnya tiga tahun berkuat kuasa hingga akhir 2026, bagi mengurangkan beban pemegang polisi yang mengalami peningkatan kenaikan premium.
Azrul Mohd Khalib, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial
Azrul Mohd Khalib, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial
Krisis Myanmar: ASEAN gesa pilihan raya yang inklusif
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa, menegaskan jika ada pilihan raya, ASEAN mahu proses itu berjalan secara inklusif, merangkumi semua pihak yang berkepentingan.
3 maut, lebih 20 cedera bas terjunam ke gaung di Sri Lanka
Tiga orang maut dan lebih 20 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Mallawa, Wilayah Tengah Sri Lanka pada Sabtu.
Dewan di Parlimen Korea Selatan terbakar, 500 dipindahkan
Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.
Indochina bangkit menjadi destinasi pelancongan utama ASEAN
Laos, Kemboja dan Vietnam secara berkumpulan telah menarik 25 juta pelancong setakat tahun ini.
HLIB unjur inflasi meningkat pada 2025
Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan inflasi meningkat pada 2025.
Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
Prestasi kerajaan, menteri masih boleh dibaiki - PM
Perdana Menteri berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kerangka pentadbiran Kerajaan Madani termasuk penambah baikan dalam isu tatakelola dan kebajikan penjawat awam.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga esok.
Di Sarawak amaran itu melibatkan kawasan Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Di Sarawak amaran itu melibatkan kawasan Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.