KLANG: Pemilihan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden dalam kalangan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan antara dinantikan pada Konvensyen Nasional parti itu yang bermula hari ini.
Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon telah menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti Datuk Seri Mohamad Sabu, dua Naib Presiden iaitu Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari serta Pengarah Strategi Amanah Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.
Mohamad yang merupakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadual memulakan atur cara konvensyen selama dua hari itu dengan menyampaikan pidato presiden pada kira-kira 10 pagi sebelum dibahaskan oleh perwakilan.
Jika dipilih semula, ia akan menjadi penggal terakhir bagi Mohamad untuk mengemudi parti yang mempunyai lebih 200,000 ahli itu.
Menurut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.
Dalam pada, atur cara konvensyen juga menyaksikan satu taklimat khas berhubung perkembangan semasa situasi di Palestin akan diadakan dengan perkongsian disampaikan oleh wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul oleh perwakilan sebelum sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 dijalankan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023

Mohamad dijadual memulakan atur cara konvensyen dengan menyampaikan pidato presiden pada kira-kira 10 pagi sebelum dibahaskan oleh perwakilan.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

'Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi'
Khalid memberi peringatan itu selepas meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir ahli yang membuat kritikan terbuka termasuk isu dalaman parti.

Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan
Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti Mohamad Sabu.

Orang lelaki banyak 'mengeteh', perwakilan minta parti tidak pinggirkan wanita Amanah
Dr Siti Mariah Mahmud berkata wanita di akar umbi dilihat lebih bertungkus-lumus dalam mendekati rakyat berbanding perwakilan Pemuda.

Kami malu nak pertahankan kereta terbang - Perwakilan Amanah
Projek kereta terbang diaggap sebagai satu projek paling tak guna dan memalukan, kata perwakilan Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly.