KUALA LUMPUR : Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan memutuskan untuk menunda tarikh Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke 16 dan 17 Julai depan di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
Kongres berkenaan pada asalnya dijadualkan diadakan pada 24 hingga 26 Jun ini.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, keputusan menunda kongres dibuat selepas MPP Keadilan meneliti beberapa dapatan dan syor yang dibentang Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung proses aduan terutama bagi Pemilihan Keadilan 2022.
"(Keputusan diambil) setelah meneliti dan memberi pertimbangan kepada pembentangan JPP ini, dengan mengambil kira tempoh masa yang diperlukan untuk JPP mengurus dan menyelesaikan beberapa perkara yang telah dibangkitkan, serta untuk memberi masa yang mencukupi kepada kepimpinan cabang yang baharu untuk membuat beberapa pelantikan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Beliau turut memaklumkan, Kongres Angkatan Muda Keadilan Pusat serta Kongres Wanita Keadilan Pusat pula akan diadakan serentak pada 15 Julai depan di lokasi yang sama.
Nickyson Nyambar
Fri Jun 10 2022

Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tarikh baharu itu dipilih bagi memberikan peluang kepada JPP mengurus dan menyelesaikan beberapa perkara berbangkit selain memberi masa kepada cabang membuat pelantikan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kongres PKR: Ucapan penggulungan Anwar terganggu gara-gara tupai
Ucapan penggulungan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad terganggu seketika gara-gara seekor tupai.

Ahli PKR terhiris hati dengan pimpinan tertinggi - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui ada ahli akar umbi yang terhiris hati dengan tindakan pimpinan tertinggi kerana jarang turun padang menemui rakyat.

Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.

PKR perkenal syiling khas sempena jubli perak tahun depan
Duit syiling peringatan khas PKR diperkenalkan bersempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan parti berkenaan yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden parti.

Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.

Kongres PKR: Perwakilan minta tambah kuota jawatan naib presiden dari Sabah, Sarawak
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mencadangkan agar parti itu meminda Perlembagaan PKR untuk menambah satu lagi kuota pelantikan jawatan naib presiden dari Sabah dan Sarawak.

PKR mesti menang PRU15 untuk selamatkan rakyat - Saifuddin
PKR membuat kongres tahunan untuk terus mengukuhkan parti dan memperkuat PH serta menjana seluruh kekuatan baharu untuk PRU15.

Kongres PKR ditunda 16, 17 Julai - Saifuddin
Keputusan dibuat selepas meneliti beberapa dapatan dan syor berhubung proses aduan terutama bagi Pemilihan Keadilan 2022.

Kisah 'Si Kitol' bukan sindiran, tapi pengajaran untuk semua - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ucapannya pada perasmian Kongres Nasional Tahunan PKR 2019 semalam 'menyindir' Timbalan Presiden parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang - Tun Mahathir
Kerajaan turut tidak memaksa mana mana pihak untuk menerima idea pembangunan terbabit.