Kongres Nasional PKR 2019, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Melaka (MITC) di sini, akan melabuhkan tirainya hari ini.
Menurut jadual yang dimuat naik PKR dalam laman web rasminya, hari terakhir bakal menyaksikan penggulungan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk Presiden dan Timbalan Presiden.
Majlis yang bermula 9 pagi itu akan didahului dengan ucapan aluan Pengerusi Tetap merangkap Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim.
Ia akan disusuli ucapan penggulungan Ketua Penerangan Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, diikuti ucapan penggulungan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ketua Wanita Haniza Mohamed Talha.
Setelah itu, lima Naib Presiden dijadual mengambil giliran untuk menggulung, dimulai dengan Ali Biju, Chang Lih Kang, Tian Chua, Datuk Dr A. Xavier Jayakumar dan Zuraida Kamaruddin.
Ia kemudian disusuli Setiausaha Agung Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail untuk menggulung ucapannya.
Kemuncak acara ialah penggulungan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kira-kira 3,000 perwakilan menghadiri Kongres Nasional PKR ke-14, yang bertema '20 Tahun Keadilan : Dua Dekad Merakyatkan Reformasi'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 08 2019
Kongres Nasional PKR 2019, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Melaka (MITC) di sini, akan melabuhkan tirainya hari ini.
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Ini caranya untuk miliki rumah pertama tanpa bayaran duit muka
Misi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah memastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.
Kongres Nasional PKR labuhkan tirai hari ini
Majlis yang bermula 9 pagi itu akan didahului dengan ucapan aluan Pengerusi Tetap merangkap Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim.
Saya belum terima surat pemecatan - Zakaria
Beliau yang baru kembali dari luar negara berkata beliau hanya mendapat berita mengenai pemecatannya pada Ahad lepas melalui media.
Tiada tindakan terhadap Azmin kerana gagal hadir mesyuarat PKR
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR berkata pada masa ini, pihaknya tidak mempunyai sebab munasabah untuk mengambil tindakan terhadap Mohamed Azmin.