DALAM sejarah pilihan raya, terutama sebelum negara merdeka, Melaka merupakan antara negeri yang pernah mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, sekali gus mendedahkan rakyat kepada pilihan raya demokrasi.
Pada hari ini, Melaka, tanpa diduga, buat julung kali, akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.
Mengikut lipatan sejarah, Melaka merupakan negeri kedua di Semenanjung mengadakan pilihan raya mengejut selain Kelantan yang telah mengadakannya pada tahun 1978 susulan pengisytiran darurat di penghujung tahun sebelumnya.
Lebih mengejutkan, PRN mengejut melibatkan Melaka ini berlangsung ketika tumpuan negara memfokus kepada krisis politik di negeri jirannya, Negeri Sembilan yang muncul semula selepas reda buat seketika.
Ramai telah menjangkakan bahawa krisis politik di Negeri Sembilan yang akan membawa kepada pilihan raya mengejut.
Bagaimanapun, ia telah diselesaikan buat masa sekarang, termasuk ekoran pertimbangan berkaitan dengan pandemik COVID-19.
Beberapa persoalan turut menyusul ekoran perkembangan yang melibatkan Melaka, yang terdiri daripada enam kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, pilihan raya, yang tarikhnya telah diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), akan berlangsung pada 28 November ini dengan kos sekitar RM46 juta.
Peruntukan diumumkan SPR ini hanya melibatkan peruntukan di pihak suruhanjaya itu.
Ia tidak melibatkan perbelanjaan pilihan raya yang turut akan melibatkan agensi-agensi lain, termasuk parti-parti politik dan calon secara langsung dan secara tidak langsung.
Bermakna jumlah sebenar wang yang bakal digunakan, dilabur dan dibelanjakan dalam PRN Melaka akan melibatkan jumlah yang lebih besar. Kos pilihan raya hanya satu aspek.
Sementara banyak pihak mengetengahkan kebimbangan mengenai impak COVID-19 yang belum reda, meskipun kerajaan telah membenarkan rentas negeri, bagaimana pula dengan kedudukan PRN-12 Sarawak?
Darurat melibatkan DUN Sarawak yang dilanjutkan dijadual hanya akan berakhir pada 2 Februari 2022. DUN telah terbubar dengan sendiri pada Jun lalu.
Pada awal tahun ini, susulan perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak Januari lalu telah membawa kepada penangguhan PRN-12 Sarawak sehingga Ogos dan kemudian dilanjutkan sehingga Februari 2022.
Kini spekulasi semakin kuat bahawa PRN-12 akan diadakan tidak lama. PRN itu kemungkinan dipercepatkan dengan membatalkan perintah darurat yang masih dikuatkuasakan.
Bermakna, sebahagian daripada spekulasi itu adalah PRN-12 Sarawak akan diadakan lebih awal, serentak bersama PRN Melaka akhir bulan depan.
Pada masa yang sama, nasib pilihan raya kecil melibatkan empat kerusi iaitu Batu Sapi (Sabah), Gerik (Perak), Bugaya (Sabah) dan Melor (Kelantan) masih belum diketahui status.
Apakah pilihan raya kecil melibatkan kesemua empat kerusi ini bakal diadakan tidak lama lagi sebagaimana telah dimaklumkan bahawa kesemua akan diadakan sebaik sahaja pandemik COVID-19 reda.
Apakah pilihan raya negeri mengejut Melaka turut memberi impak ke atas bakal tarikh PRN-12 Sarawak?
Tanggapan ini kemungkinan ada kebenaran meskipun sebelum ini antara pertimbangan yang diketengahkan, termasuklah pilihan raya akan diadakan apabila imuniti kelompok mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
PRN-12 Sarawak jika dipanggil sekarang juga menjadi 'kejutan' dan pada masa yang sama juga satu 'dilema'. Ini kerana sesetengah pihak berpandangan bahawa penangguhan semasa perlu dikekalkan sehingga awal tahun depan bagi terus menstabilkan impak krisis kesihatan semasa akibat COVID-19.
Pada masa yang sama, beberapa pihak beranggapan PRN Melaka wajar ditangguhkan bagi mengelakkan senario kesihatan buruk yang pernah dialami ekoran PRN Sabah pada September tahun lalu, yang turut diadakan secara mengejut pada tahun lalu.
Nampaknya kita berada dalam dilema, khusus dalam menghadapi cabaran pengurusan COVID-19 yang tidak pernah disaksikan. Meneruskan PRN Melaka dan kekal tangguh PRN-12 Sarawak, atau mengadakan kedua-duanya, sama ada secara serentak atau secara berasingan.
Pilihan kita terhad jika dilihat dari perspekif pilihan raya demokrasi. Begitu juga dengan pilihan raya kecil melibatkan empat kerusi.
Kita akan ada jawapan kepada soalan-soalan ini tidak lama lagi sementara kita mempertahankan semangat demokrasi tetapi pada masa yang sama kita bertanggungjawab menjaga kesihatan rakyat.
* Dr G Manimaran merupakan pengamal media dan penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang & Tadbir
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
G Manimaran
Thu Oct 21 2021
Apakah pilihan raya negeri mengejut Melaka turut memberi impak ke atas bakal tarikh PRN-12 Sarawak? - Gambar hiasan
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
[KOLUMNIS] Mengemudi bisnes di era digital: Adaptasi atau ketinggalan?
Walaupun teknologi digital menawarkan banyak peluang, tidak dinafikan ia juga datang dengan cabaran.
[KOLUMNIS] Kenaikan gaji minimum RM1,700: Peluang atau cabaran untuk syarikat?
Walaupun kenaikan gaji minimum sering dianggap sebagai beban oleh majikan, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti.
[KOLUMNIS] Mentransformasi seni digital serlah kreativiti universiti
Kombinasi ilmu dan seni dalam kehidupan adalah seimbang - ilmu memberikan ketertiban dan kejelasan, manakala seni membawa kedamaian dan kegembiraan.
[KOLUMNIS] Sektor pertahanan perlu teroka, sedut kepakaran teknologi swasta
Kecanggihan teknologi menyebabkan segala sistem dan prasarana negara dapat dilumpuhkan dengan serangan siber yang terancang.
[KOLUMNIS] Perang poster PRK Mahkota hambar, boleh ‘gigit’ pengundi
Kluang sunyi sepi daripada segi perang poster pilihan raya, kemeriahan pesta pilihan raya hilang dari radar.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
[KOLUMNIS] Komunikasi politik tersingkap: PRK Nenggiri mengenai ketulenan atau persembahan?
Fenomena manipulasi ketulenan ini tidak hanya terbatas kepada pentas politik Indonesia; ia juga dapat dilihat dalam dinamika politik semasa di negara kita.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.