Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mengadakan pendengaran awam bagi menjelaskan proses penstrukturan semula industri air di negeri itu.
Ia perlu bagi membolehkan rakyat jelas akan setiap perkara melibatkan isu terbabit, termasuk kos sebenar yang digunakan kerajaan negeri.
"Saya ingat kalau boleh Speaker adakan Selcat supaya perkara yang tersimpan, tersorok dan yang didakwa tidak betul boleh dibincangkan di khalayak ramai supaya kita tunjukkan dengan telus.
"Kita boleh bincangkan, jelaskan sama ada benar persetujuan yang dibuat pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, kita boleh jawab salah supaya rakyat lebih faham perkara ini,” katanya ketika mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkenaan rizab kerajaan negeri yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan.
Dalam soalannya, ADUN Pelabuhan Klang itu ingin tahu sama ada kerajaan negeri masih mengekalkan nilai pengambilalihan syarikat konsesi air melibatkan RM2 bilion manakala RM7.65 bilion melibatkan liabiliti syarikat terlibat.
Beliau turut mempertahankan kos asal keseluruhan pengambilalihan itu termasuk kos pemberian air percuma berjumlah RM150 juta setahun.
Jelasnya, jumlah itu tidak boleh dikekalkan sekiranya berlaku kenaikan kos pengambilalihan kerana dikhuatiri akan menjejaskan rizab negeri.
"Saya nak tanya adakah kerajaan negeri akan tetap dengan harga tersebut (kos pengambilalihan) kerana antara perkara dalam rizab ialah pembayaran air percuma. Jika berlaku kenaikan kos (pengambilalihan) rizab negeri tidak boleh mengekalkan peruntukan RM150 juta setahun air percuma bagi tempoh enam hingga tujuh tahun.
"Ia penting supaya DUN tahu harga (pemberian air percuma) yang kita luluskan sejak 2012 itu akan kekal supaya rizab negeri tidak akan terjejas hasil kenaikan rundingan air itu," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin menyatakan kesediaannya untuk membuat perbincangan terbuka dan bagi menjawab soalan yang diajukan Abdul Khalid,.
ADUN Bukit Antarabangsa itu menegaskan bahawa pembiayaan bagi pelan penstrukturan industri air tidak melibatkan rizab negeri.
"Kami terbuka dan tiada apa yang hendak disembunyikan. Saya bagi pihak kerajaan negeri mendukung sebarang usaha mencari kebenaran. Kalau jawatankuasa Selcat merasakan ada keperluan untuk mengadakan pendengaran terbuka, silakan, kerajaan negeri akan memberikan keterangan.
"Keduanya, ingin saya maklumkan bahawa kami tidak menggunakan rizab negeri untuk membiayai penstrukturan industri air ini. Rizab hanya dikhususkan untuk pembangunan dan projek kesejahteraan rakyat,” ujarnya.
Mohamed Azmin kemudian berkata kos rundingan penstrukturan semula industri air diputuskan oleh Abdul Khalid sebelum ini dan beliau terpaksa mewarisi banyak kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran sebelumnya termasuk kecuaian dalam memuktamadkan industri air, antaranya aset negeri diserah kepada kerajaan pusat.
Pada masa sama, Menteri Besar berkata RM7.65 bilion sebenarnya adalah liabiliti yang dibuat melalui bon syarikat konsesi ketika itu dan bon ini diambil syarikat konsesi untuk membina beberapa loji rawatan air (LRA) termasuk Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan Fasa 2 (SSP2).
Mohamed Azmin turut menuduh Abdul Khalid ketika menjawat jawatan Menteri Besar pernah kononnya mengumumkan akan menaikkan tarif air pada kadar 18 peratus menyebabkan Abdul Khalid menafikan dakwaan itu dan meminta Mohamed Azmin mengemukakan fakta untuk membuktikan dakwaannya.
Terdahulu, Mohamed Azmin ketika menjawab pertanyaan lisan Mohd Haslin memberitahu persidangan Dewan bahawa sehingga 13 Ogos lepas rizab Selangor mencatatkan sejumlah RM3.73 bilion berbanding pada 31 Disember tahun lepas iaitu RM3.2 bilion.
Angka tersebut katanya membuktikan bahawa prestasi kewangan Selangor semakin mengukuh dan percaya untuk bukan sahaja mampu untuk mencapai sasaran sepertimana ditetapkan, tetapi meningkatkan kutipan kepada 2.2 bilion dalam tempoh empat bulan akan datang.
Israr Khalid
Thu Aug 20 2015

KHALID: Saya mahu dakwaan kononnya perjanjian dibuat kerajaan sebelum ini salah, kita boleh jawab dan bincangkan supaya rakyat lebih fahami perkara ini. -Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.