Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilihat keluar meninggalkan sebuah hotel di Kuala Lumpur jam 6.00 petang tadi dipercayai menuju ke kediaman peribadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abang Johari yang tiba kira-kira jam 5.24 petang sebentar tadi hanya tersenyum dan tidak meninggalkan sebarang komen.

Ketua Menteri Sarawak itu berada di Kuala Lumpur bersama barisan pimpinan GPS dan 18 ahli parlimen dari gabungan tersebut untuk mempengerusikan satu mesyuarat tertutup.

Turut berada di Kuala Lumpur ketika ini ialah ADUN Bukit Saban merangkap Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ADUN Bukit Sari juga merangkap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha GPS dan Ahli Parlimen Kapit, dan Datuk Alexander Nanta Linggi.