BUKIT MERTAJAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menggerakkan jentera bagi membantu kempen dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dengan tahap kesiapsiagaan mencapai lebih 60 peratus.
Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya juga bersedia dan tiada masalah untuk bekerjasama dengan sayap pemuda daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA dan MIC.
"Sebenarnya AMK telah memulakan kerja-kerja untuk PRN ini sejak dua bulan lepas lagi malah mesyuarat peringkat AMK melibatkan kenam-enam negeri juga telah dijalankan... Kita telah turun ke negeri-negeri terlibat sebelum puasa lagi untuk selesaikan pengurusan AMK.
"Dalam mesyuarat itu, kita telah kenal pasti keperluan untuk PRN dan sekarang adalah masa untuk kami isi dan jalankan perkara-perkara yang dikenal pasti tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat AMK negeri dan melancarkan Jentera AMK Pulau Pinang bagi PRN di sini malam ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata pihaknya menyasarkan sejumlah 30 peratus calon adalah dalam kalangan AMK untuk PRN di keenam-enam negeri namun mereka perlu bersedia serta boleh menang.
"Bukan soal berapa ramai calon namun mereka itu boleh sumbang kerusi... macam PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) lepas, calon AMK untuk Parlimen enam orang dan empat menang. Sebab itu saya kata kita tidak desak pucuk pimpinan untuk dapatkan kerusi bertanding.
"Dalam AMK ini tidak timbul isu boikot dan sebagainya... kalau kita tak dapat jadi calon, jentera kita sentiasa sokong siapa jua calon... namun setakat ini, kita belum bincang lagi berkenaan calon-calon," katanya.
Menyentuh kerjasama dengan sayap Pemuda parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan, Adam Adli berkata perkara itu memang perlu dilakukan dan sedang dibincang.
"Malah di peringkat Pemuda Pakatan Harapan sekalipun, kita memang ada engagement (perjanjian kerjasama berterusan). Begitu juga dengan UMNO, MIC dan MCA.
"Engagement ini bukan sekadar untuk mendepani pilihan raya tapi untuk pentadbiran negara itu sendiri. Kita memang tak ada masalah untuk bekerjasama (khususnya dengan parti komponen BN) kerana kita komited dalam usaha untuk mempertahan kerajaan," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023

Menyentuh kerjasama dengan sayap Pemuda parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan, Adam Adli berkata perkara itu memang perlu dilakukan dan sedang dibincang. - Gambar fail/ Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.

Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.

'Jangan jadi lembu dicucuk hidung' - Ketua Pemuda UMNO
Dr Muhamad Akmal membidas kenyataan Pengarah Komunikasi AMK supaya mengelak atau tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan
AMK meminta supaya serangan yang dimulakan sama ada secara terangan-terangan mahupun halus oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dielakkan.

AMK buat laporan polis terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir
Laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kepimpinan AMK Pusat M. Sathasivam di Balai Polis Travers.

Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis
AMK membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tawaran berjumlah RM5 juta.

Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK
Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti oleh kerajaan mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih mampan menerusi amalan tatakelola yang baik.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial TikTok yang memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syed Saddiq persoal AMK, orang yang sama kempen isu LCS sebelum PRU
Sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu, AMK antara kumpulan yang menyuarakan mengenai isu LCS, tetapi kini seolah-olah cuba 'membisu dan memekakkan telinga'.