Kemelut pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah berlarutan lagi pada pagi ini selepas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilaporkan mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini.
Dalam pertemuan jam 10 pagi itu, beliau difahamkan meluangkan masa hampir setengah jam di istana sebelum keluar semula bersama rombongannya.
Selain Musa, turut hadir dalam pertemuan berkenaan adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Peguam Besar Negeri Zaleha Rose Pandin.
Menurut sumber, rombongan Ketua Menteri itu kemudiannya bergerak ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) untuk mengadakan mesyuarat namun intipatinya masih belum diketahui oleh pengamal media.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Timbalan Presiden Warisan Sabah (Warisan), Darrel Leiking mengesahkan majlis angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan diadakan pada jam 9 malam ini.
Menurut Darrel, kesemua Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan sudah dimaklumkan mengenai proses peralihan kuasa Ketua Menteri yang terbaharu itu.
Jelasnya, Musa perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan untuk meletakkan jawatannya.
"Kami berharap agar beliau (Musa) ikut undang-undang. Itu yang patut dia lakukan kerana harapan rakyat adalah lagi penting daripada 'personal ego' beliau.
"Sekiranya anda telah hilang majoriti sokongan DUN, anda harus tahu apa harus anda lakukan," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman rasmi Presiden Warisan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Shafie bersama beberapa ahli Warisan baru sahaja beredar daripada kediaman beliau kira-kira jam 11.50 pagi tadi dan difahamkan beliau akan menghadiri satu mesyuarat tertutup.
Ruzaini Zulkepli, Fifi Harteeny Marzuki
Sat May 12 2018
![Kerusi jawatan Ketua Menteri Sabah masih panas! Kerusi jawatan Ketua Menteri Sabah masih panas!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526101103_TanSriMusaAman.jpg)
Kenderaan Tan Sri Musa Aman tiba di Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Kota Kinabalu hari ini. --fotoBERNAMA
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![PRU15: UMNO, BN perlu dekati pengundi atas pagar - Ahmad Maslan PRU15: UMNO, BN perlu dekati pengundi atas pagar - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61656741264_TBahmadmaslan.jpg)
PRU15: UMNO, BN perlu dekati pengundi atas pagar - Ahmad Maslan
UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mendekati pengundi 'atas pagar' memandangkan dijangkakan separuh daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terdiri daripada golongan berkenaan.
![Kerusi jawatan Ketua Menteri Sabah masih panas! Kerusi jawatan Ketua Menteri Sabah masih panas!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526101103_TanSriMusaAman.jpg)
Kerusi jawatan Ketua Menteri Sabah masih panas!
Kemelut pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah berlarutan lagi pada pagi ini selepas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilaporkan mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.
![Pembangkang di ambang kejatuhan di Sabah - Abdul Rahman Pembangkang di ambang kejatuhan di Sabah - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439268981_RAHMANDAHLAN.jpg)
Pembangkang di ambang kejatuhan di Sabah - Abdul Rahman
Pakatan Pembangkang berada diambang kejatuhannya di Sabah berikutan tindakan beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PKR dan DAP mengistiharkan keluar parti hari ini, kata Barisan Nasional (BN) Sabah.