TUN DR MAHATHIR MOHAMAD sanggup diperkudakan oleh DAP semata-mata kerana dendam kesumatnya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Hujah Dr Mohd Puad, kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir ketika berucap di Konvensyen DAP di Shah Alam pada Ahad merupakan bukti bahawa bekas Perdana Menteri itu sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan hasratnya melihat UMNO terkubur.
"Tidak sukar untuk memahami kenapa Tun M berkata sedemikian. Bukan kerana Tun M mudah lupa tetapi Tun M terpaksa buat buat lupa untuk menghalalkan strateginya untuk menjahanamkan UMNO.
"Tun M sanggup diperkudakan oleh DAP untuk menjawab serangan DS Najib dalam ucapan penggulungannya bahawa UMNO sekarang ini berlawan dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP bukannya Tun M," tulis Dr Mohd Puad.
Berikut ulasan penuh Dr Mohd Puad Zarkashi:
(1) Tun M hari ini mengaku bahawa pandangan beliau dahulu tentang DAP adalah tidak benar;
(2) Beliau menganggap kehadiran pertamanya di Persidangan Tahunan DAP 2016 kali ini sebagai satu ‘pengalaman baru’. Baginya DAP adalah parti yang mewakili pelbagai kaum, bukan hanya kaum Cina semata-mata;
(3) Baru dia tahu DAP bukan parti Cina, tetapi sebuah parti pelbagai kaum. "Pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul,” katanya;
(4) Tidak sukar untuk memahami kenapa Tun M berkata sedemikian. Bukan kerana Tun M mudah lupa tetapi Tun M terpaksa buat buat lupa untuk menghalalkan strateginya untuk menjahanamkan UMNO. Tun M sanggup diperkudakan oleh DAP untuk menjawab serangan DS Najib dalam ucapan penggulungannya bahawa UMNO sekarang ini berlawan dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP bukannya Tun M;
(5) Kini jelas Lim Kit Siang adalah "Ketua De Facto Pembangkang" bukannya Tun M. Mengheret Tun M ke Persidangan Tahunan DAP dan memintanya berucap membela DAP merupakan kejayaan halus DAP memperkudakan Tun M. Tetapi Tun M tidak peduli semua itu asalkan UMNO musnah dan lebur dalam PRU ke 14. Dendam kesumat Tun M terhadap Najib kerana tidak membantu Mukriz menang Naib Presiden UMNO tidak lagi boleh dibendung selain isu jambatan bengkok dan isu Proton;
(6) Ternyata pendedahan Najib sewaktu ucapan penggulungan menjadikan DAP seperti cacing kepanasan dan defensif. Mereka tidak menjangka Najib akan berbuat demikian;
(7) Macam macam alasan Tun M untuk memuji DAP seperti pengunaan bahasa kebangsaan dalam lagu DAP termasuk ucapan yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Ini tak terdapat dalam MCA,” ujarnya;
(8) Tetapi lupakah Tun M, DAP hanya meniru strategi PAP Singapura. Lagu Kebangsaan Singapura adalah dalam Bahasa Melayu, tetapi apa terjadi kepada orang Melayu akibat dasar Malaysian Malaysia yang diamalkan di Singapura?;
(9) Dasar yang sama inilah juga digunakan oleh DAP. Mereka memperjuangkan Malaysian Malaysia atau sekarang dikenali Middle Malaysia. Itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistewaan Orang Melayu dalam Fasal 153;
(10) Bahkan dalam Perlembagaan DAP cukup jelas mereka memperjuangkan penubuhan sebuah negara "sekular". Ini juga bertentangan dengan spirit Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan;
(11) Sebelum ini timbul kekecohan dalam pertemuan paderi paderi yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong iaitu Jeff Ooi untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian. Perkara ini didedahkan oleh Encik Razali bekas ahli strategik DAP;
(12) Tindak tanduk DAP tidak menggambarkan bahawa ia adalah parti berbilang kaum. DAP membela kuat SJKC tetapi tidak peduli nasib sekolah kebangsaan khususnya di kawasan pedalaman;
(13) Lihatlah nasib orang Melayu di Pulau Pinang sejak pentadbiran DAP. Mereka semakin terpinggir dan dianak tirikan. DAP hanya menjuarai isu isu kaum Cina. UMNO pula adalah parti inklusif yang bukan sahaja untuk 3 juta ahli UMNO tetapi juga pembela rakyat yang sekarang ini berjumlah hampir 31 juta orang; dan
(14) Justeru, Tun M hanyalah kuda tunggangan kepada Lim Kit Siang yang sekarang ini merupakan De Facto Opposition Leader. Bukannya Tun M.
* Dr Mohd Puad Zarkashi merupakan Ahli Majli Tertinggi UMNO
** Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Dr Mohd Puad Zarkashi
Mon Dec 05 2016
Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Tun M hanyalah kuda tunggangan kepada Lim Kit Siang dan DAP - Gambar fail.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.