Ia merujuk sidang Dewan Rakyat semalam yang menyaksikan usul kerajaan untuk melanjutkan peruntukan Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal diluluskan, berdasarkan kiraan undi majoriti mudah.
"Pembangkang langgar MoU yang telah ditandatangani. Ini pandangan peribadi saya. Jadi, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah tidak terikat dengan MoU itu
"Berdasarkan kepada peristiwa semalam di Dewan Rakyat apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) kalah undi belah bahagi, maka selamat tinggal MoU.
"Ayuh kita teruskan melangkah," katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.
BACA: MoU gagal, tiba masa kerajaan gerak ke hadapan - Tok Mat
BACA: PH tolak usul kerajaan, MoU terbatal - Annuar Musa
Dewan Rakyat semalam gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi.
Usul itu ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, selain 50 Ahli Parlimen tidak hadir.
Kegagalan usul itu menyebabkan KDN tidak dapat melanjutkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) bermula 31 Julai depan.