KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen hari ini mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan sistem penggal tetap Parlimen bagi memastikan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya dapat mengekalkan mandat rakyat selama lima tahun.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berkata ini dapat memastikan tata kelola negara jelas tanpa gangguan dan membendung ketidakstabilan politik sepanjang tempoh itu selain disokong amalan semak imbang oleh pihak pembangkang.
"Saya cadangkan kita wujudkan penggal tetap Parlimen supaya pentadbiran kerajaan jelas. Rakyat jelas untuk uruskan kehidupan dan perniagaan juga tenang. Apabila penggal Parlimen ini ditetapkan, semua tahu, tiada teka-teki, tidak ada yang nak tebuk atap, ikut pintu belakang tidak ada.
"Kita tetapkan lima tahun sebuah kerajaan yang diangkat, diberi mandat untuk mereka melaksanakan janji, tawaran dan manifesto mereka tanpa diganggu gugat," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) pula berharap kerajaan dapat meneruskan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) sehingga habis tempohnya.
"RMK12 yang sudah dimaktubkan membawa aspirasi yang cukup penting untuk semua rakyat Malaysia. Ia benar-benar menitikberatkan pembangunan yang mampan dan juga pengagihan yang adil," katanya.
Beliau meminta kerajaan tidak menganaktirikan negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang atas faktor banyak projek strategik bersifat infrastruktur di negeri tersebut berpotensi menjadi pemangkin ekonomi negara telah diluluskan dalam RMK12.
Sementara itu, Rodziah Ismail (PH-Ampang) mencadangkan supaya kerajaan membentuk jawatankuasa Kabinet bagi membentangkan Kertas Putih ke arah penubuhan Majlis Pengurusan Cerun berteraskan Pelan Induk Cerun Negara untuk pengurusan, pemeliharan dan pemuliharan kawasan cerun.
"Kita bimbang jika isu berkaitan pengurusan cerun dan lereng bukit tidak ditangani,kita akan berdepan lebih banyak tragedi tanah runtuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini dapat memastikan tata kelola negara jelas tanpa gangguan dan membendung ketidakstabilan politik sepanjang tempoh itu selain disokong amalan semak imbang oleh pihak pembangkang. - Gambar fail/Astro AWANI
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Kerajaan disaran laksanakan sistem penggal tetap Parlimen
Ia bagi memastikan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya dapat mengekalkan mandat rakyat selama lima tahun.