MENURUT analisa statistik keputusan PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang berlangsung pada 18 Jun lalu, sokongan pengundi Melayu kelihatan di bahagi dua secara sama rata iaitu 50-50 (watershed) iaitu antara BN dan parti lawannya (PAS dan Amanah).
Di Kuala Kangsar, BN menerima 12,653 undi dan parti pembangkang menerima 10,567 undi, jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon pembangkang. Ini bermakna, BN mendapat 2,086 undi lebih daripada jumlah undi yang diperolehi oleh parti pembangkang. BN menang dengan majoriti 1,082 dalam PRU13 dan kini menang dengan majoriti 6,969 undi.
Walaupun calon BN di Kuala Kangsar dilaporkan menang dengan majoriti 6,969 undi, penelitian secara terperinci menunjukkan BN hanya meningkat 1,004 undi lebih kali ini berbanding dengan sokongan yang diterima pada PRU13. Undi populariti BN meningkat 3.6 % di Kuala Kangsar.
BACA: Rangkuman PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar
BACA: PM ucap terima kasih atas kemenangan BN
BACA: Pengaruh Tun Mahathir tidak lagi signifikan dalam kalangan pengundi
Manakala, di Sungai Besar pula, BN menerima 16,800 undi berbanding dengan jumlah undi 14,511 undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon parti pembangkang. Walaupun BN menang dengan majoriti 9,191 undi, BN hanya memperolehi 2,289 undi lebih daripada calon pembangkang.
BN menang dengan majoriti ialitu 399 undi pada PRU13, tetapi dalam PRK kali kali ini memperolehi 2,289 undi lebih daripada parti pembangkang.I ni bermakna, BN dapat meningkatkan sokongan sebanyak 1,890 undi dalam PRK ini berbanding dengan sokongan yang diperolehi dalam PRU13. Undi polulariti BN meningkat 3.4 peratus di Sungai Besar.
Pengundi Cina beralih angin
Trend yang menarik dalam PRK ini adalah kecenderungan politik pengundi Cina yang mengalih menyokong BN. Adalah dianggarkan hampir 35 peratus pengundi Cina mengalih sokongan mereka kepada BN.
Manakala hampir 65 peratus pengundi India menyokong BN. Kadar ini jauh lebih baik berbanding dengan PRU13. Persoalannya, apakah faktor-faktor menolak dan menarik yang menyebabkan peralihan sokongan pengundi Cina dan India kepada BN?
Pada hemat saya, selain daripada faktor sifat mesra rakyat calon BN yang menarik hati pengundi Cina dan India, faktor yang utama yang mendorong pengundi bukan Melayu menyokong BN adalah faktor pengundi Cina dan India, yang sebahagian besar masih tinggal di luar bandar, mengharapkan kerajaan BN membantu mereka mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh mereka diperingkat lokal. Mereka dikesan kurang tertarik dengan retorik atau isu-isu nasional yang dijaguhkan oleh parti pembangkang. Selain itu, pendekatan inklusif yang diambil oleh jentera BN dalam usaha merayu undi telah memenangi minda dan hati pengundi bukan Melayu.
Gelombang pengundi Cina mengalih sokongan mereka kepada BN, yang meniup di Sarawak dalam PRN11, telah tiba di Semenanjung malah memberi kesan kepada pemikiran politik pengundi Cina di Semenanjung.
Pengundi Cina dikesan sudah mula menolak parti pembangkang kerana kecewa dengan kepimpinan parti-parti pembangkang yang gagal ‘deliver’ ataupun tidak menepati janji-janji mereka kepada rakyat.
Manakala, di kalangan pengundi India pula, kepimpinan DS Dr.Subramaniam, didapati mendapat sokongan hebat daripada kaum India secara amnya dan pengundi India secara khususnya.
Pembangkang bakal gulung tikar?
Kesimpulannya, sekiranya momentum sokongan pengundi bukan Melayu kepada BN dikekalkan , parti pembangkang yang menyertai Pakatan Harapan dijangka akan gulung tikar dalam PRK14!
Kesimpulannya, gelombang pengundi Cina mengalih sokongan mereka kepada BN, yang meniub di Sarawak dalam PRN11, telah tiba di Semenanjung malah memberi kesan kepada pemikiran politik pengundi Cina di Semenanjung. Pengundi Cina dikesan sudah mula menolak parti pembangkang kerana kecewa dengan kepimpinan parti-parti pembangkang yang gagal ‘deliver’ ataupun tidak menepati janji-janji mereka kepada rakyat.
Manakala, di kalangan pengundi India pula, kepimpinan DS Dr.Subramaniam, didapat mendapat sokongan hebat daripada kaum India secara amnya dan pengundi India secara khususnya.
Sekiranya momentum sokongan ini dikekalkan dikalangan pengundi bukan Melayu, parti pembangkang yang menyertai Pakatan Harapan akan gulung tikar dalam PRK14.
*M.Periasamy merupakan penganalisis politik MIC dan pensyarah komunikasi strategik di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR)
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Tue Jun 21 2016
![Keputusan PRK beri isyarat pembangkang akan gulung tikar dalam PRU14 - Periasamy Keputusan PRK beri isyarat pembangkang akan gulung tikar dalam PRU14 - Periasamy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466264239_950x600.jpg)
Sekiranya momentum sokongan ini dikekalkan di kalangan pengundi bukan Melayu, parti pembangkang yang menyertai Pakatan Harapan akan gulung tikar dalam PRK14. - Gambar fail
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Bajet 2017 suntik pembangunan masyarakat India Bajet 2017 suntik pembangunan masyarakat India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61476593342_950x600.jpg)
Bajet 2017 suntik pembangunan masyarakat India
Bajet 2017 melibatkan RM260.8 bilion yang di bentangkan di Parlimen oleh Datuk Seri Mohd Najib di sambut baik oleh kaum India daripada seluruh pelusuk negara.
![Keputusan PRK beri isyarat pembangkang akan gulung tikar dalam PRU14 - Periasamy Keputusan PRK beri isyarat pembangkang akan gulung tikar dalam PRU14 - Periasamy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466264239_950x600.jpg)
Keputusan PRK beri isyarat pembangkang akan gulung tikar dalam PRU14 - Periasamy
Menurut analisa statistik keputusan PRK yang baru berlangsung, sokongan pengundi Melayu kelihatan terbahagi dua.