Kepimpinan ulama patut dihormati dan ditaati tetapi tidak boleh 'dicintai secara melampau', kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Wajar untuk kita menyokong kepimpinan ulama. Walau bagaimanapun, janganlah kecintaan terhadap mereka secara melampau," kata Nik Abduh.

Beliau berkata bukan sahaja ulama yang dihormati wajar dijadikan ikutan tetapi perjuangannya juga.

BACA: 'PKR harus pilih parti mana sebagai rakan seperjuangan' - Pemuda PAS

BACA:
Dewan Pemuda Pas desak kaji kembali hubungan dengan PKR

"Selagi perjuangannya berada di landasan yang betul, InsyaAllah ia akan diberkati," kata Nik Abduh, ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-62 di sini hari ini.

Sesi penggulungan berlangsung hari ini dan dijangka berakhir sebelum tengah hari.