Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bahawa UMNO Sabah tidak lagi laku berupa kenyataan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau berkata pemimpin Bersatu khususnya di Sabah juga dilihat tidak pernah memperkecilkan mahupun memburukkan UMNO di negeri itu.
"Kenyataan itu hanya dibuat salah seorang daripada pemimpin Bersatu, kenyataan itu bukan datang daripada Bersatu.
"Di Sabah pun kita tidak dengar pemimpin Bersatu Sabah memperkecilkan kita (UMNO) atau menyahut kenyataan Datuk Latiff itu," katanya dalam sidang media di sini, pada Jumaat.
Ismail Sabri berkata, kenyataan Abd Latiff itu tidak akan menjejaskan kerjasama antara UMNO dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini, media melaporkan Abd Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing daripada Bersatu mengeluarkan kenyataan dilihat memperkecilkan UMNO Sabah dalam sebuah forum terbuka dan video tersebut tular di media sosial.
Bagaimanapun, Abd Latiff telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyifatkan kenyataan beliau mengenai UMNO Sabah disalah tafsir oleh pihak tertentu.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata UMNO Sabah tidak pernah lemah malah semakin kuat dan ini dibuktikan menerusi kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis pada awal tahun ini.
Sehubungan itu, beliau mahu UMNO Sabah menjadikan sindiran Abd Latiff itu sebagai satu cabaran untuk bekerja lebih kuat, sekali gus memenangi semua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata beliau tidak menyimpan perasaan marah, namun kecewa kerana kenyataan berkenaan keluar daripada pemimpin Bersatu yang bertaraf menteri.
"UMNO Sabah melihat bahawa kenyataan itu tidak seharusnya berlaku kalau kita menghormati rakan dalam kerajaan PN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020

Ismail Sabri berkata UMNO Sabah tidak pernah lemah, malah semakin kuat dan ini dibuktikan menerusi kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis pada awal tahun ini. -Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Vaksinasi COVID-19: KPLB gerakkan aset bantu masyarakat luar bandar
Bukan setakat hal pendaftaran vaksinasi COVID-19, tetapi mereka yang berdepan cabaran untuk hadiri janji temu vaksinasi juga akan dibawa dengan kenderaan agensi bawah KPLB.

Kenyataan Abd Latiff tidak mencerminkan pendirian Bersatu - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berupa kenyataan peribadi.

KPLB umum pelantikan empat pengerusi agensi di bawahnya
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengumumkan pelantikan pengerusi baharu bagi empat agensi di bawahnya berkuat kuasa 15 Mei ini.