KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin parti politik dalam kerajaan termasuk menteri dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, pada Selasa malam.
Kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilihat paling awal tiba dan memasuki kawasan kediaman Muhyiddin kira-kira jam 8.20 malam.
Kira-kira 15 minit kemudiannya, kenderaan membawa Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Ahmad Faizal Azumu dilihat memasuki kediaman tersebut disusuli Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee.
Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sudah tiba ke kediaman Perdana Menteri.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tiba kira-kira jam 8.50 malam diikuti Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang tiba lima minit kemudian.
Beberapa kenderaan dipercayai membawa ahli politik lain turut dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri namun tidak dapat dipastikan siapakah gerangan mereka.
Difahamkan Perdana Menteri masuk ke kediamannya pada jam 5.40 petang tadi selepas keluar ke pejabatnya kira-kira jam 10 pagi tadi.
Sejak dari itu, kenderaan membawa beliau dilihat tidak keluar dan kenderaan lain dipercayai membawa ahli politik pula silih berganti masuk ke kediaman berkenaan.
Astro AWANI akan terus berada di lokasi bagi membawakan perkembangan dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
[LAPOR LANGSUNG] MKT UMNO tarik sokongan, Muhyiddin perlu berundur - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat, dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan pimpinan beliau terhadap Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.
Kenyataan itu hadir tidak lama selepas Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Lenggong itu, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira keputusan dan pendirian UMNO.
Ridauddin Daud
Tue Aug 03 2021

Kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilihat paling awal tiba dan memasuki kawasan kediaman Muhyiddin kira-kira jam 8.20 malam. - Foto Astro AWANI

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.
'First class systems, third class maintenance' masih terjadi - Pakar
Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan juga Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan ukm (JANA@UKM), Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani berkata, ini bagi memastikan infrastruktur negara terus berfungsi secara optimum dan tidak menjadi liabiliti jangka panjang.

APM tangkap ular tedung hitam di rumah PM Anwar
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang malam ini.

Kenderaan Peguam Negara, menteri dilihat memasuki kediaman PM
Beberapa pemimpin parti politik dalam kerajaan termasuk menteri dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, pada Selasa malam.