KUALA LUMPUR: Beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri dan timbalan menteri dilihat keluar dan masuk dari kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara sepanjang hari ini. 

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat yang diberikan kepada pengamal media yang berkumpul di kawasan itu sejak pagi tadi.

Antara pemimpin yang dipercayai hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Selain itu, turut dilihat hadir ialah kenderaan dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

BACA: MKT UMNO cadang PM baharu ganti Muhyiddin, berfungsi 6 hingga 12 bulan - Asyraf Wajdi

BACA: UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan


Keputusan MKT UMNO | UMNO desak Tan Sri Muhyiddin Yassin undur sebagai Perdana Menteri

Semua mereka dipercayai berkumpul untuk mengadakan perbincangan susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin malam tadi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media secara maya sejurus selepas mesyuarat MKT UMNO antara lain memaklumkan keputusan itu dibuat selepas tujuh syarat dikemukakan parti itu tidak dipenuhi Kerajaan Perikatan Nasional (PN).