Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar daripada UMNO pada Isnin.
Bekas Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, keputusan itu dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga kelangsungan dan survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan.
"Secara rasminya saya nak beritahu bahawasanya saya ambil keputusan yang berat untuk saya umumkan di sini, saya keluar daripada UMNO.
"Hari ini (semalam) saya umumkan kepada ahli dengan rasa sedih dan berat hati keputusan ini. Saya tak akan maki UMNO. Saya buat ini untuk kepentingan orang Melayu di Wilayah Persekutuan," katanya di Dewan Pusat Rekreasi, Cheras, pada Isnin.
BACA: Syed Ali pula tinggalkan UMNO
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata, beliau mengambil masa selama tiga bulan bagi membuat keputusan berat itu.
"Keputusan yang saya buat ini mengambil masa. Saya solat istikharah dan saya jumpa beberapa orang alim yang tiada kepentingan dalam politik, untuk berbincang. Dan saya fikirkan bagaimana nak bantu warga Wilayah dalam pelbagai aspek, dan isu untuk diketengahkan.
"Maka saya memikirkan dan mengambil keputusan yang berat bagi diri saya. Seperti yang anda tahu saya menjadi ahli UMNO sejak berumur 17 tahun, saya juga menjadi Ketua Bahagian UMNO Cheras selama 22 tahun, dan saya nak beritahu bahawa saya seorang pejuang parti.
"Cuma saya kena ambil pendekatan untuk menolong orang Melayu di Wilayah Persekutuan. Ini sebabnya," katanya dalam sesi pertemuan bersama ahli UMNO Cheras di sini.
Jelasnya keputusan itu dibuat juga bukan tujuan untuk meraih kepentingan politik peribadi namun disebabkan untuk membantu masyarakat di Wilayah.
"Saya tahu apa sahaja keputusan yang akan saya buat, mulut manusia tidak dapat ditutup untuk berkata-kata. Belum umum pun, dah banyak saya lihat yang mengata.
"Yang penting bagi saya, niat saya, dan saya nak maklumkan saya keluar UMNO bukan nak kejar jawatan, tapi saya ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan," katanya.
Sementara itu, Syed Ali menegaskan bahawa keputusan yang diambil beliau itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan beliau sendiri juga tidak akan mempengaruhi mana-mana ahli UMNO untuk turut bersamanya keluar daripada UMNO.
"Saya berjanji tidak akan mengkhianati perjuangan orang Melayu dan Islam di Wilayah Persekutuan.
"Keputusan ini bersifat peribadi, saya sendiri yang buat. Saya percaya apa yang saya buat bersebab dan saya akan tanggung risikonya. Saya tidak akan pengaruhi sesiapa," katanya.
Susulan itu, katanya, beliau akan menghantar surat rasmi untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada parti.
"Saya akan tulis secara rasmi dan akan maklumkan penghijrahan saya, dan saya tidak akan rosakkan UMNO," katanya.
Dalam pada itu, Syed Ali masih berahsia mengenai parti mana yang bakal beliau pilih setelah keluar daripada UMNO.
"Itu kena tunggu dahulu, saya akan umumkan kemudian.
"Dan saya akan teruskan perjuangan dengan sebuah parti yang saya rasa saya dapat sumbangan untuk orang Melayu," katanya.
Dalam pada itu, Syed Ali menegaskan susulan tindakannya ini, beliau sama sekali tidak akan 'melarikan diri'.
"Saya masih berada di Kuala Lumpur, pejabat saya pun masih terbuka," katanya.
Sementara itu, besar harapannya agar masyarakat menghormati tindakan beliau berkenaan.
"Saya akan hadapi segala tohmahan, kerana keputusan ini bukan peribadi tapi demi masa depan orang Melayu kita.
"Memang berat... saya rasa saya perlu buat keputusan ini. Saya tidak akan menghasut untuk orang lain sertai saya juga," katanya.
Tindakan Syed Ali ini menyusuli enam ahli Parlimen UMNO yang turut keluar parti selepas PRU14 lalu.
Selain itu, minggu lepas ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamed dan bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman turut meninggalkan UMNO.
Sinar Harian
Tue Sep 25 2018
![Kenapa Syed Ali umum keluar UMNO? Kenapa Syed Ali umum keluar UMNO?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537845283_SyedAliAlHabshee.jpg)
Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee. Foto Sinar Harian / Sharifudin Abdul Rahim
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Imigresen serbu kilang jahit pakaian, tahan 50 warga asing Imigresen serbu kilang jahit pakaian, tahan 50 warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734191884_KilangjahitPATIdi.jpg)
Imigresen serbu kilang jahit pakaian, tahan 50 warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 50 warga asing termasuk seorang 'pengurus syarikat' dalam serbuan di sebuah kilang jahitan pakaian di Cheras, Rabu lepas.
![Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705067142_wargaasing.jpg)
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
![JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718185959_WomenHancuffsGeneric.jpg)
JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras
Seramai 15 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.
![Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705229645_HandcuffGari.jpg)
Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.
![Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700327046_xray.jpg)
Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persekutuan (JKWPKL&P) menegaskan tiada kes Tuberkulosis (tibi) berstatus wabak di Cheras.
![Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700297201_ZalihaMustafa.jpg)
Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal.
![12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata 12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.
![Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696930622_KualaLumpur.jpg)
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.
![Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696822567_jerebu.jpg)
Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi
Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.
![Banjir landa beberapa kawasan di Cheras Banjir landa beberapa kawasan di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696596044_TBEkoCherasBanjir.jpg)
Banjir landa beberapa kawasan di Cheras
Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.