PASIR GUDANG: Kejayaan Barisan Nnasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat isyarat terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat.
Suara akar umbi parti itu menyuarakan pandangan dan kesediaan mereka dalam menggerakkan jentera pilihan raya.
Timbalan Ketua UMNO Cawangan Taman Mawar, Mohd Hashim Marsidi berkata, keputusan PRN Melaka adalah luar jangkaan akar umbi sepertinya.
Katanya PRU juga boleh menghentikan perebutan jawatan dan tindakan saling mencabar sesama ahli politik.
"Mengikut pandangan daripada orang bawahan, mereka mahukan PRU diadakan secepat mungkin.
"Pemimpin asyik berpolitik dan tidak fikirkan rakyat, pentingkan jawatan mereka, sentiasa ubah gerak kerja perancanagan, janji diubah.
"Itu yang jadikan rakyat muak dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
"Ini bukan cakap besar, kita di peringkat bawah sudah bersedia, insyaAllah," katanya.
Suara akar umbi BN turut berpandangan rakyat sudah mula sedar dengan permainan politik dan janji parti lain selain BN.
Ketua Penerangan UMNO Cawangan, Ramli Ahmad berkata, yang dibuat hanya berdasarkan angan-angan dan bukan realiti kehidupan.
"Selepas kalah dalam PRU lepas, kita orang UMNO sudah bersedia untuk adakan PRU semula.
"Kita rasa kekalahan itu berdasarkan rakyat yang difitnah untuk membenci pemimpin.
"Saya rasa PRU14 tidak adil, kita kena adakan PRU secepat mungkin," katanya.
Malah mereka berpendapat bahawa, dengan pelaksanaan PRU15 akan menghapuskan amalan lompat parti dalam kalangan pemimpin politik.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Nov 21 2021
Suara akar umbi BN turut berpandangan rakyat sudah mula sedar dengan permainan politik dan janji parti lain selain BN. - Foto fail
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Ini caranya untuk miliki rumah pertama tanpa bayaran duit muka
Misi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah memastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.
Jenayah: Polis buru lelaki curi beg di medan selera
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah beg yang berlaku di medan selera Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam, pada 2 Januari lalu.
Guru ditahan, cabul murid tahun enam dalam rumah hantu sekolah
Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di Melaka Tengah direman enam hari selepas disyaki mencabul dua muridnya berusia 12 tahun dalam rumah hantu karnival sekolah.
Pendekatan global diperlukan dalam penggubalan dasar - Rafizi
Malaysia akan mengambil pendekatan global dalam penggubalan dasar untuk kekal relevan dalam menghadapi perubahan dinamik global.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Nampak imigresen, PATI lari lintang-pukang
Suasana sunyi kawasan pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.
[TERKINI] Kriteria kelayakan, mekanisme pelaksanaan RON95 akan diumum seawal mungkin
Kriteria kelayakan dan mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 akan diumumkan seawal mungkin kepada rakyat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
PKR Kelantan perlu lipat ganda usaha tambah keahlian - Nurul Izzah
Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Okt depan.
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Keputusan tidak kosongkan kerusi dibuat selepas semua perkara dikaji - Johari
Keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu dibuat selepas semua perkara dikaji, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.