Penyertaan PAS membentuk kerajaan Persekutuan dan menjadi kerajaan di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, adalah kemenangan dan perkara yang perlu dikekalkan.
Ketua Dewan Muslimat PAS Senator Nuridah Mohd Salleh berkata tanggungjawab mengisi dan mengekalkan kemenangan itu bukan hanya digalas pemegang jawatan dalam kerajaan malah perlu dipikul seluruh anggota parti khususnya Dewan Muslimat.
"PAS perlu lebih dominan supaya tidak dilihat seolah-olah terpinggir dengan mengungguli (penyertaan) di peringkat eksekutif seiring legislatif.
"Keterlibatan Muslimat secara langsung di peringkat urus tadbir kerajaan tempatan sangat penting dan penambahbaikan yang drastik dan tuntas perlu dirangka serta dijayakan," katanya berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS ke-60 di sini malam tadi.
Beliau berkata gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) adalah platform terbaik untuk PAS dalam membangunkan negara yang lestari dan makmur.
Nuridah berkata agenda perpaduan perlu bermula dari dalam parti dan diikuti perpaduan umat dan perpaduan agenda politik melalui gabungan MN dan PN.
"Perpaduan yang benar-benar jitu tidak boleh digelincirkan dari landasan kerana kepentingan kelompok. Perpaduan ini perlukan pengorbanan besar daripada setiap anggota (MN dan PN) dengan semangat setia kawan yang tulen," katanya.
Menyentuh persediaan PAS dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-15, beliau menyeru agar calon sayap Muslimat ditempatkan di kawasan strategik yang mempunyai majoriti pengundi wanita.
Muktamar berkenaan akan bersidang esok dengan penyertaan seramai 350 perwakilan seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 11 2020
Nuridah menyeru agar calon sayap Muslimat ditempatkan di kawasan strategik yang mempunyai majoriti pengundi wanita. --fotoBERNAMA
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.
Mesir hantar jentera berat ke Gaza bersihkan sisa runtuhan
Sebuah konvoi jentera berat dan jentolak yang membawa bendera Mesir bergerak dari Rafah, Mesir menuju ke Gaza pada Selasa dipercayai bagi memulakan proses pembersihan runtuhan.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Tebusan Hamas warga Thailand kembali ke pangkuan keluarga
Empat daripada lima tebusan Thailand yang dibebaskan selepas 15 bulan dalam tawanan di Gaza bertemu dengan ahli keluarga mereka pada Selasa di Pusat Perubatan Shamir, Israel.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech kini dalam proses penilaian semula dan ijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Kekalkan kemenangan dan kerajaan di tiga negeri - Dewan Muslimat PAS
Nuridah berkata tanggungjawab mengisi dan mengekalkan kemenangan itu bukan hanya digalas pemegang jawatan dalam kerajaan.
Kerjasama Pas dan UMNO tidak bermusim - Muslimat Pas
Beliau berkata kerjasama itu telah dipersetujui di peringkat PAS pusat dan selari dengan tuntutan Islam supaya bantu membantu dalam menjaga kebajikan rakyat dan ketakwaan.