PKR menegaskan gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan ‘PM ke-8’ bukan arahan dari pejabat presiden parti atau kepimpinan di peringkat pusat.
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata ia merupakan hadiah daripada peminat dan penyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan pihak kepimpinan PKR tidak dapat menghalang tindakan itu kerana bertepatan dengan perjanjian yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Semua yang berlaku samada kek, dibuat orang persendirian dan orang parti peringkat bawah, pemimpin yang kecil. Mungkin (dia) merasa teruja... Mungkin dia dengar perdana menteri (seterusnya) adalah Datuk Seri Anwar seperti mana yang diumumkan.
“Jadi (sebab) keterujaan tu, jadi dia buat kek. Bukan arahan dia (Anwar) malah dia menegah daripada bersungguh-sungguh sangat buat perkara ini. Tidak datang dari pejabat Datuk Seri Anwar,” katanya selepas taklimat khas di pejabat PKR Terengganu di sini, pada Ahad.
Terdahulu gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan ‘PM ke-8’ tular di media sosial.
Azan berkata tidak menjadi satu kesalahan berbuat demikian kerana ia bukan menghina mahupun melanggar etika.
Namun beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat juga gambar-gambar yang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Astro Awani
Sun Aug 18 2019
![Kek 'PM ke-8' hadiah peminat, bukan arahan pejabat presiden - PKR Kek 'PM ke-8' hadiah peminat, bukan arahan pejabat presiden - PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566127770_Azan.jpg)
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata ia merupakan hadiah daripada peminat dan penyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kek 'PM ke-8' hadiah peminat, bukan arahan pejabat presiden - PKR Kek 'PM ke-8' hadiah peminat, bukan arahan pejabat presiden - PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566127770_Azan.jpg)
Kek 'PM ke-8' hadiah peminat, bukan arahan pejabat presiden - PKR
PKR menegaskan gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan 'PM ke-8' bukan arahan dari pejabat presiden parti atau kepimpinan di peringkat pusat.
![PKR patut angkat Wan Azizah - Azan PKR patut angkat Wan Azizah - Azan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531951520_AZANISMAIL.jpg)
PKR patut angkat Wan Azizah - Azan
Azan Ismail berpendapat, Dr Wan Azizah menjadi simbol wanita negara Malaysia baharu kerana memegang rekod sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama dalam tempoh 60 tahun.
![Royalti: MB Terengganu akan adakan pertemuan dengan PM Royalti: MB Terengganu akan adakan pertemuan dengan PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452447514_PelantarMinyakPetron.jpg)
Royalti: MB Terengganu akan adakan pertemuan dengan PM
Jaminan Tun Dr Mahathir itu sangat dialu-alukan dan beliau menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai sesuatu yang sangat positif dalam hubungan kerajaan negeri Terengganu dan persekutuan.
![Tiada tangkapan SPRM dalam isu balak haram Terengganu - Ahmad Razif Tiada tangkapan SPRM dalam isu balak haram Terengganu - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461998418_DatukAhmadRazif.jpg)
Tiada tangkapan SPRM dalam isu balak haram Terengganu - Ahmad Razif
SPRM hanya menjalankan siasatan terhadap pihak yang ditahan selepas penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.