Kerajaan Negeri Terengganu menafikan adanya tangkapan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pihak yang didakwa terlibat dalam isu pembalakan haram dan pencerobohan hutan di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sebaliknya SPRM hanya menjalankan siasatan terhadap pihak yang ditahan selepas penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.
"Saya sendiri tidak tahu (bahawa SPRM ada membuat tangkapan). Malah kerajaan negeri telah memberi arahan kepada SPRM termasuk agensi-agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu Jabatan Hutan dalam penguatkuasaan kerana mereka tidak cukup kakitangan.
"Alhamdulilah, kebelakangan ini banyak tangkapan yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan mereka begitu agresif menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan pencerobohan hutan negeri ini terus dapat dielakkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi bahas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti rehat di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Terdahulu ketika sesi bahas Bajet 2018 Terengganu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azan Ismail mendakwa SPRM membuat tangkapan berhubung isu pembalakan haram di Dungun menerusi laporan sebuah media elektronik pada tahun lalu dan awal tahun ini.
Ahmad Razif kemudiannya bangun dan menafikan hal tersebut kerana SPRM hanya terlibat dalam proses siasatan dan tangkapan dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri menerusi penguatkuasaan yang dijalankan bersama PDRM.
"Saya nak betulkan yang tangkapan dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Jadi tidak ada penglibatan daripada SPRM. Saya nak betulkan kenyataan itu sebab ia akan beri imej yang tidak baik kepada Jabatan Perhutanan Negeri," katanya.
Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN-Kuala Berang) kemudian bangun dan meminta Azan menarik balik kenyataan beliau kerana ia tidak tepat dan Azan berkata beliau akan menarik balik kenyataan itu esok selepas melihat semula laporan media tersebut atas alasan beliau sedang berbahas.
Speaker DUN, Datuk Mohd Zubir Embong turut menasihatkan Azan supaya turut berbuat demikian agar tiada penyelewengan fakta berlaku kerana ia boleh menjadi satu fitnah.
Azan kemudian menarik balik kenyataan itu dan menukar perkataan 'tangkapan' kepada 'siasatan' dengan alasan beliau tersilap sebut.-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2017
Ahmad Razif berkata sebaliknya SPRM hanya menjalankan siasatan terhadap pihak yang ditahan selepas penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. -Gambar fail
MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Kes tikam: Khalida reda kehilangan suami, anak perempuan serentak
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Rusia-Ukraine: Ukraine harus neutral jika mahu aman - Putin
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Enjin bermasalah, pesawat Qantas berpatah balik
Juruterbang pesawat QF520 menyedari pesawat berkenaan mengalami kegagalan enjin sebaik sahaja berlepas.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.
Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.
Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.
Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.
Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini