KUALA LUMPUR: Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak tergugat kerana ketiadaan sebarang usul tidak percaya atau kelulusan dalam isu berkenaan di Parlimen.
Penganalisis politik, Chandra Muzaffar berpendapat, sehingga kini masih belum ada usul atau resolusi sah dari segi undang-undang yang menafikan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Jelasnya, di dalam Perlembagaan, seorang Perdana Menteri tidak akan hilang kedudukannya kerana salah sebuah parti politik dalam gabungan yang menyokongnya berundur
"Kerana ini perkara yang berlaku di tempat lain juga, di mana salah sebuah parti dalam satu gabungan yang menyokong kerajaan atau perdana menteri tertentu berundur, tetapi perdana menteri itu tetap perdana menteri kerana kedudukan beliau hanya terancam sekiranya usul dalam Perlembagaan yang berdasarkan bukan kepada parti politik tetapi berdasarkan anggota Dewan Rakyat.
"Sekiranya usul yang disokong oleh majoriti anggota Dewan Rakyat yang menafikan kedudukan beliau yang tidak lagi menganggap beliau sebagai Perdana Menteri, sekiranya usul sedemikian rupa itu lulus, tetapi setakat ini belum berlaku kerana Parlimen belum bersidang dan usul sedemikian rupa belum dikemukakan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
BACA: Tukar perdana menteri bukan jaminan COVID-19 berakhir - Penganalisis
BACA: Najib nafi terlibat dalam kenyataan Ahli Parlimen BN sokong kerajaan PN
Pada Khamis, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan menegaskan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan secara terhormat selepas hilang keabsahan susulan tindakan UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau.
Jelas kenyataan itu, ini kerana, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebelum ini berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokongnya.
Dalam pada itu kata Chandra, tiada sebab Muhyiddin harus meletakkan jawatan kerana desakan mana-mana parti politik atau pembangkang.
Ujarnya, setakat ini jelas kebanyakan Ahli Parlimen tidak menyokong usaha untuk menggulingkan Muhyiddin selain tidak bersetuju untuk beliau meletakkan jawatan.
Astro Awani
Fri Jul 09 2021
![Kedudukan Muhyiddin tidak tergugat - Penganalisis Kedudukan Muhyiddin tidak tergugat - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625738589_MuhyiddinYassin.jpg)
Kata Chandra, tiada sebab Muhyiddin harus meletakkan jawatan kerana desakan mana-mana parti politik atau pembangkang. - Foto Facebook/Muhyiddin Yassin
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![PAU 2024: Perhimpunan kali ini tidak babitkan pemilihan parti - Asyraf Wajdi PAU 2024: Perhimpunan kali ini tidak babitkan pemilihan parti - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723616473_TBAsyrafWajdi.jpg)
PAU 2024: Perhimpunan kali ini tidak babitkan pemilihan parti - Asyraf Wajdi
Perhimpunan kali ini akan memfokuskan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
![PAU 2024: Tiada pemimpin utama parti politik Kerajaan Perpaduan hadir - Asyraf Wajdi PAU 2024: Tiada pemimpin utama parti politik Kerajaan Perpaduan hadir - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723615822_TBAsyrafWajdi.jpg)
PAU 2024: Tiada pemimpin utama parti politik Kerajaan Perpaduan hadir - Asyraf Wajdi
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Ogos ini tidak akan menyaksikan kehadiran pemimpin utama parti politik dalam Kerajaan Perpaduan seperti tahun lalu.
![PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678432176_TBBungMoktarRadin.jpg)
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
![Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723003506_AnnuarMusaNazriA.jpg)
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
![Feri baharu Pengkalan Kubor-Takbai dijangka mula beroperasi tahun depan - Ahmad Maslan Feri baharu Pengkalan Kubor-Takbai dijangka mula beroperasi tahun depan - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719471051_AHMADMASLAN.jpg)
Feri baharu Pengkalan Kubor-Takbai dijangka mula beroperasi tahun depan - Ahmad Maslan
Feri Sri Tanjong yang digunakan untuk membawa penumpang dan kenderaan dari Pengkalan Kubor, Kelantan ke Takbai, Thailand akan diganti dengan yang baharu.
![PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719755998_AmirudinShari.jpg)
PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja
Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dan mempertimbangkan cadangan UMNO untuk diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di Bahagian Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
![ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian - Ahmad Maslan ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian - Ahmad Maslan
Ahmad berkata dakwaan Muhammad Jailani semalam bahawa tuntutan denda daripada UMNO itu bertujuan menjadikannya muflis, adalah alasan semata-mata.
![Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722772967_TBZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja
Ahmad Zahid berkata cadangan itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
![Akar umbi tidak boleh lagi anggap UMNO dominan - Ahmad Zahid Akar umbi tidak boleh lagi anggap UMNO dominan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722771722_ahmadzahid.jpg)
Akar umbi tidak boleh lagi anggap UMNO dominan - Ahmad Zahid
Ahli akar umbi UMNO tidak boleh menganggap parti itu sebagai dominan dengan pelantikan tujuh menteri Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.