Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana situasi masa kini tidak lagi sama seperti sebelumnya.
Menurutnya, DAP yang memiliki lebih banyak kerusi sekali pun hanya mempunyai lima menteri penuh.
"Janganlah kita yang berada di akar umbi ini (menganggap) bahawa tujuh ini seolah-olah kita dominan seperti dahulu.
“Realiti politik baharu ini, kita mesti mengukur baju di badan sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di salah sebuah hotel di Bukit Raja di sini pada Ahad.
Turut hadir, Ketuanya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Mengulas isu sama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengakui berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan kesemua menteri Kabinet UMNO.
"Saya sangat berpuas hati dengan prestasi mereka (menteri Kabinet UMNO). Kita tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dalam Kabinet," katanya. - Sinar Harian