KUALA LUMPUR: Parti Bersatu merekodkan jumlah keahlian seramai 563,524 ahli di seluruh negara setakat ini, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Hamzah ketika membentangkan laporan ringkas pada Perhimpunan Agung Tahunan Kali Keempat parti itu yang diadakan secara fizikal di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini berkata, sebanyak 5,643 cawangan telah ditubuhkan di seluruh negara, berbanding 2,960 cawangan direkodkan pada tahun lalu.
"Sayap bersekutu secara rasminya telah ditubuhkan mengikut perlembagaan parti dan ia diketuai Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Santhara Kumar.
"Bagi mencerminkan keterbukaan dan pengiktirafan parti, Dr Santara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Johor, Datuk Dr Chong Fat Full dilantik menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi," katanya.
Selain itu, beliau berkata perhimpunan itu juga akan memuktamadkan cadangan pindaan perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sebuah lagi sayap baharu iaitu Srikandi Muda.
Sementara itu, Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah memaklumkan perjalanan perhimpunan yang dijadualkan tamat pada jam 6 petang ini akan dipendekkan bagi menggerakkan ahli parti untuk memberi bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, dimulakan dengan perhimpunan agung Srikandi dan Armada.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
Perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-4 Bersatu yang dijadual tamat pada jam 6 petang ini akan dipendekkan bagi menggerakkan ahli parti untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Penubuhan Parti Bangsa Malaysia tidak jejas keahlian Bersatu - Wan Saiful
Jumlah keahlian Bersaty yang direkodkan pada Perhimpunan Agung Tahunan mencecah 600,000 orang dan semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Keahlian Bersatu sehingga kini seramai 563,524 - Setiausaha Agung
Sebanyak 5,643 cawangan Bersatu ditubuhkan di seluruh negara, berbanding 2,960 cawangan direkodkan pada tahun lalu.