LARUT:Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dalam parti Bersatu gugur secara automatik jika terbukti tidak menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 4 Dis lalu.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata telah termaktub dalam perlembagaan parti, sesiapa sahaja yang tidak bersama dalam agendanya maka keahlian akan gugur secara automatik.
"Mungkin lepas ini UMNO Perak akan hantar bukti-bukti kepada kita (Hasnul Zulkarnain tidak menyokong usul), kalau terbukti maka dia tergugur dengan sendirinya. Tindakan sama seperti yang kita pernah lakukan di peringkat nasional, tidak boleh bezakan bahagian atau negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan 'Bakul Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia' Sahabat-Sahabat Larut di Selama, dekat sini, hari ini.
Beberapa portal berita memetik Hasnul Zulkarnain sebagai berkata beliau sedang menanti tindakan daripada Bersatu selepas didakwa menolak undi percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak pada 4 Dis lalu.
Hasnul Zulkarnain menyertai Bersatu pada 3 Jun lalu. Sebelum itu, beliau merupakan wakil rakyat Bebas selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac susulan penjajaran politik di Perak yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH).
Selain itu, Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, berkata cadangannya supaya satu gagasan besar ditubuhkan bersama antara Gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibuat berdasarkan fakta dan perasaan terbuka.
"Apabila saya lakukan ini, tidak timbul orang kata saya bangkitkan isu-isu ada 'orang kecil makan besar', kerana masing-masing ada tanggungjawab untuk damaikan dan satukan parti-parti yang ada," katanya.
Beliau mengulas reaksi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berkata penubuhan gabungan selepas gabungan tidak diperlukan kerana ia hanya strategi survival untuk mendapat kekuatan daripada sokongan parti terbesar.
Sebaliknya, Mohamed Khaled berkata PN, BN dan GPS mesti membina kekuatan melalui undi dan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 12 2020
![Keahlian ADUN Titi Serong gugur serta-merta jika terbukti - Bersatu Keahlian ADUN Titi Serong gugur serta-merta jika terbukti - Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/41526876634_HASNULZULKARNAIN.jpg)
Keahlian Hasnul Zulkarnain dalam Bersatu gugur secara automatik jika terbukti tidak menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, dalam persidangan DUN pada 4 Dis lalu. - Gambar fail
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![SD sokong Saarani: Nasib Hasnul di tangan Bersatu Pusat SD sokong Saarani: Nasib Hasnul di tangan Bersatu Pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/41526876634_HASNULZULKARNAIN.jpg)
SD sokong Saarani: Nasib Hasnul di tangan Bersatu Pusat
Bersatu Perak sudah menerima laporan mengenai kenyataan Hasnul Zulkarnain daripada Bersatu Bahagian Parit Buntar pada Ahad.
![Keahlian ADUN Titi Serong gugur serta-merta jika terbukti - Bersatu Keahlian ADUN Titi Serong gugur serta-merta jika terbukti - Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/41526876634_HASNULZULKARNAIN.jpg)
Keahlian ADUN Titi Serong gugur serta-merta jika terbukti - Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata telah termaktub dalam perlembagaan parti, sesiapa sahaja yang tidak bersama dalam agendanya maka keahlian akan gugur secara automatik.
![Muktamad, tiada u-turn - Hasnul Zulkarnain Muktamad, tiada u-turn - Hasnul Zulkarnain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526876634_HASNULZULKARNAIN.jpg)
Muktamad, tiada u-turn - Hasnul Zulkarnain
Keputusan beliau juga demi untuk PAFA dan pembangunan bola sepak Perak supaya dapat diuruskan dengan baik tanpa sebarang isu.
![Jangan asyik berpolitik hal pengurusan PAFA - MB Perak Jangan asyik berpolitik hal pengurusan PAFA - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526876634_HASNULZULKARNAIN.jpg)
Jangan asyik berpolitik hal pengurusan PAFA - MB Perak
Kesemua pihak diminta memberi fokus mengekalkan momentum pasukan 'The Bos Gaurus' yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2018.
![Mujahid kekal di Parit Buntar, Hasnul cuba nasib di Titi Serong Mujahid kekal di Parit Buntar, Hasnul cuba nasib di Titi Serong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523799663_DatukMujahidYusof.jpg)
Mujahid kekal di Parit Buntar, Hasnul cuba nasib di Titi Serong
Penyandang kerusi Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa bakal mengekalkan kerusi tersebut yang dimenanginya sejak dua penggal yang lalu.