KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen juga menjadi mangsa 'aparteid' apabila peruntukan untuk pembangunan kawasan disekat atau diberi jumlah yang kecil, kata Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.
Tidak merujuk aparteid dalam konteks diskriminasi kaum, beliau mendakwa budaya penyisihan dalam pemberian peruntukan itu bukan perkara yang baharu.
"Peruntukan pembangunan memang wujud walaupun bukan menerusi wakil rakyat yang diundi oleh rakyat.
"Sebagai contoh pada tahun 2017, saya sebagai Ahli Parlimen pembangkang mendapat sifar peruntukan untuk menggaji dan menguruskan pejabat mahupun untuk pembangunan, kebajikan dan peruntukan untuk program di kawasan saya.
"Walaupun saya tidak tahu akan agihan peruntukan kawasan Parlimen Batu Kawan, RM4.17 juta telah dibelanjakan di kawasan saya. Siapa yang meluluskan peruntukan ini, siapakah kontraktor projek-projek ini, apakah proses pemberian kontrak ini?
"Semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan peruntukan RM100 juta diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang, memang tidak cukup.
"Tetapi selepas Langkah Sheraton, saya dan Ahli Parlimen pembangkang yang lain selepas merayu kepada Perdana Menteri pada masa itu YB Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin), RM100,000 diluluskan apabila negara dilanda pandemik ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di peringkat dasar.
Ujarnya, menerusi perjanjian persefahaman, pihaknya menerima peruntukan untuk pengurusan pejabat dan untuk kegunaan pembangunan, kebajikan dan program kemasyarakatan di kawasan masing-masing.
"Sekiranya tiada keperluan untuk satu MOU, adakah peruntukan ini akan diberikan atau tidak?
"Selepas 60 tahun merdeka, kerajaan tidak boleh menafikan hak Ahli Parlimen pembangkang dan bebas kepada hak mereka untuk menerima peruntukan yang sama dengan Ahli Parlimen kerajaan.
"Penafian peruntukan ini adalah penafian kepada warga marhaen, rakyat yang memerlukan peruntukan ini," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan agar Parlimen sebagai satu institusi tunjang dan bebas, memberi peruntukan yang saksama kepada semua Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan bebas.
Astro Awani
Mon Nov 08 2021

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto yang membuat dakwaan itu berkata peruntukan untuk pembangunan kawasan disekat atau diberi satu amaun yang kecil. - Foto Astro AWANI
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

PRU15: "Ini keputusan yang paling sukar" - Kasthuri Patto umum tidak bertanding
Penyandang Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto daripada parti DAP mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

YB Kasthuri Patto tamatkan zaman bujang dengan bekas wartawan Perancis
Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menamatkan zaman bujangnya selepas berkenalan kira-kira tiga tahun dengan seorang bekas wartawan Perancis.

Kasthuri Patto dakwa Ahli Parlimen turut jadi mangsa 'aparteid'
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto yang membuat dakwaan itu berkata peruntukan untuk pembangunan kawasan disekat atau diberi satu amaun yang kecil.

Akta gangguan seksual: Saya kecewa ia masih di peringkat AGC - Kasthuri Patto
Tegas Kasthuri, negara memerlukan satu akta yang baik dan bagus bukannya akta yang tidak kuat dan memerlukan pindaan berkali-kali.

Di mana suara anda Rina Harun? - Kasthuri Patto
Kasthuri Patto berkata, Jika Rina Harun lebih peka sebagai seorang Menteri, orang tak kisah dengan perubahan beliau

Pindaan Belanjawan diharap bukan sekadar kosmetik - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar itu dimaklumkan terdapat beberapa pindaan kepada Belanjawan 2021 yang bakal diundi minggu ini.

Dewan Rakyat: Pekerja Malindo Air boleh failkan representasi pemulihan kerja - Saravanan
Pekerja Malindo Air yang diberhentikan serta-merta juga boleh mendapatkan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga 6 bulan.

Ciapan 'Bodoh. Bangang. Selfish' bukan untuk Tun M - Kasthuri
Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Batu Kawan itu, ciapan itu ditujukan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas.