KUALA LUMPUR: Kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hingga menyebabkan kurangnya wakil MCA di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), memberi peluang untuk parti itu kembali kepada hala tuju dan matlamat asalnya, iaitu membangunkan Malaysia untuk semua.
Ketua Pemuda MCA Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata berikutan kekalahan itu, MCA yang telah bermuhasabah diri akan terus memainkan peranannya dalam memperjuangkan keadilan sosial, keharmonian kaum dan pembangunan negara.
"Kami ingin memberitahu rakyat terutamanya masyarakat Cina, bahawa kami telah mendengar mesej mereka semasa PRU14 pada 9 Mei 2018 dan kami telah muhasabah diri," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 yang dirasmikan Timbalan Presiden Datuk Dr Mah Hong Soon dan berlangsung secara hibrid menggabungkan kehadiran fizikal di Wisma MCA di sini serta secara maya.
Pada PRU14, MCA hanya memenangi satu daripada 39 kerusi Parlimen dan dua daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi, sekali gus merekodkan kekalahan paling teruk dalam sejarah penubuhannya.
Wong, wanita pertama menggalas amanah Ketua Pemuda MCA itu berkata kekalahan pada PRU14 bukanlah alasan untuk parti menyerah kalah dan percaya MCA yang kini menginjak usia 72 tahun mempunyai harapan untuk memenangi semula hati rakyat.
"Kita semua harus bekerja keras, belajar daripada kesilapan, berani mendekati rakyat, merapatkan jurang antara kita dengan rakyat, mendengar suara rakyat dan prihatin kepada hal ehwal masyarakat serta membantu mereka menyelesaikan masalah," katanya.
Mengenai pelaksanaan Undi 18 yang memberi hak kepada anak muda berusia 18 tahun memilih kerajaan, Wong berkata langkah proaktif harus diambil Pemuda dengan memastikan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan dapat disampaikan kepada kumpulan sasar.
Katanya, menerusi pelaksanaan Undi 18, ia dijangka membabitkan 7.8 juta pengundi baharu di Malaysia.
Sementara itu, Mah ketika merasmikan perhimpunan berkenaan berkata pelaksanaan Undi 18 memberikan peluang, ruang dan suara kepada golongan muda untuk bersama-sama berganding bahu mencorak demokrasi negara melalui pilihan raya.
Persidangan itu dihadiri 322 perwakilan daripada 186 bahagian seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021
Ketua Pemuda MCA Datuk Nicole Wong Siaw Ting (berdiri) berucap pada pembukaan Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 di Wisma MCA hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
Dakwaan MCA dapat tekanan keluar BN dicipta kalangan tertentu - Zambry
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap
Ramanan menzahirkan rasa terharu dengan layanan baik masyarakat Cina, ketika menyantuni mereka bersama jentera MCA pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.