KUALA LUMPUR:Pengundi perlu menjadi pendesak utama dalam memastikan pemimpin politik yang mewakili mereka membentangkan kad laporan tahunan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tricia Yeoh berkata, setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mempunyai peruntukan pembangunan kawasan.
Tegasnya, penting untuk pemimpin politik bersikap telus kepada rakyat atas setiap perbelanjaan serta pembangunan di kawasan yang diwakili.
"Rakyat perlu tahu apa aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pemimpin politik dalam setiap tahun. Bagaimana mereka (pemimpin politik) menerima dana serta bagaimana dana ini digunakan dan untuk program apa. Itu perlu dinyatakan.
"Rakyat di setiap kawasan mereka wakili juga perlu tahu apakah manfaat yang diperoleh mereka daripada setiap dana yang dimiliki.
"Jadi saya harap perkara ini menjadi amalan setiap tahun dan bukan untuk satu tahun sahaja," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
BACA: Terbit kad laporan Ahli Parlimen perlu jadi budaya
Mengulas lanjut katanya, badan bukan kerajaan (NGO) juga boleh mewakili para pengundi untuk mengangkat suara mereka supaya wakil rakyat mengeluarkan kad laporan tahunan mereka.
Tambah beliau, tempoh masa paling ideal untuk kad laporan tahunan dikeluarkan adalah pada suku pertama setiap tahun.
"Aktiviti-aktiviti yang akan dilaporkan adalah sampai hujung bulan Disember 2020. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mengumpul semua maklumat, data, gambar dan sebagainya.
"Namun, penting juga untuk kad laporan tahunan ini dikeluarkan tidak terlalu lambat dengan harapan ia boleh diterbitkan selewat-lewatnya dalam suku pertama tahun ini.
"Bulan Mac pun agak lambat, asalkan ia tidak terlalu lambat dalam seperti selepas bulan April," katanya.
Justeru, beliau berpandangan kad laporan tahunan itu akan memudahkan rakyat mengetahui setiap sumbangan yang dilakukan wakil rakyat mereka sekali gus menilai prestasi dari semasa ke semasa.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jan 02 2021

Penting untuk pemimpin politik bersikap telus kepada rakyat atas setiap perbelanjaan serta pembangunan di kawasan yang diwakili. - Foto triciayeoh.com
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kad laporan pemimpin politik: Rakyat perlu jadi pendesak utama - IDEAS
Penting untuk pemimpin politik bersikap telus kepada rakyat atas setiap perbelanjaan serta pembangunan di kawasan yang diwakili.