Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, Star, PBRS dan UMNO hari ini secara rasminya mengumumkan pakatan politik menerusi penubuhan Gabungan Bersatu Sabah (GBS).
Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan diumumkan sebagai pengerusi interim GBS manakala timbalan pengerusinya terdiri daripada Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili, Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Presiden Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman yang kini Ahli Parlimen Bebas.
Sementara bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Datuk Johniston Bangkuai pula masing-masing dilantik sebagai setiausaha agung, bendahari dan ketua penerangan manakala kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun dan Ahli Parlimen PBS, Umno, Star dan PBRS secara automatik menjadi Anggota Jawatankuasa GBS.
Pairin ketika mengumumkan penubuhan GBS dalam sidang media di sini, berkata GBS ditubuhkan atas kesedaran tentang denyut nadi rakyat yang dahagakan perpaduan di samping kekuatan parti politik berkenaan di Sabah serta bagi mewujudkan budaya politik baharu selepas era rejim pakatan terdahulu berakhir di Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.
“GBS sedia mengambil alih dari tampuk kerajaan sedia ada yang sehingga ke hari ini belum disahkan statusnya, dan GBS akan memastikan Malaysia dan Sabah kekal harmoni dan bersatu, di samping meningkatkan pembangunan sodio-ekonomi negeri dan mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama.
“Selepas lima bulan ‘berkuasa’, kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah bukan sahaja gagal menjalankan kerja seperti yang diamanatkan oleh rakyat, tetapi juga memperlihatkan kelemahan mereka.
“Antaranya (kelemahan) ialah memperjuangkan hak-hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963, membantu pemohon yang tidak layak mendapatkan dokumen pengenalan diri, empangan Kaiduan, Projek Tanjung Aru Eco-Development (TAED)...” katanya.
Pairin berkata GBS akan memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan demi kesejahteraan Malaysia Baharu dan Sabah.
“Kami menjemput dan merayu semua rakyat tulen negara Malaysia di negeri Sabah untuk mendukung dan menyertai perjuangan murni ini demi menyelamatkan Sabah dan memperjuangkan kemajuan, keselamatan, integriti wilayah serta kemakmuran negeri Sabah yang tercinta,” katanya.
Sementara itu ketika ditanya berhubung pendaftaran GBS, Masidi berkata lambat laun GBS akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan namun tidak menetapkan tempoh masa bila gabungan itu akan didaftarkan.
“GBS ingin mewujudkan budaya politik baharu di Sabah di mana tidak ada parti dalam GBS menganggap parti mereka lebih dominan atau lebih berkuasa berbanding parti-parti lain dalam gabungan itu seperti yang pernah berlaku sebelum ini, katanya.
Masidi juga berkata kepimpinan GBS sepakat bahawa fasa seterusnya selepas pengumuman rasmi GBS ialah menjadikan semua ketua dan presiden parti komponen dalam GBS sebagai pengerusi bersama gabungan itu manakala Pairin dan Adun Sungai Sibuga yang juga bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman sebagai penasihat GBS.
Pada masa ini parti gabungan GBS menguasai 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 10 kerusi Parlimen.
Sinar Harian
Wed Oct 24 2018

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan diumumkan sebagai pengerusi interim GBS. -Gambar fail
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Bank Islam bolehkan pengguna mohon tukar 'Duit Raya' melalui aplikasi BIMB
Tempahan dibuka hingga 14 Mac 2025, dengan minimum penukaran RM100.

Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.

Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.

PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.